dasar pemalas dan penyamun kabinet menteri cap ayam....menteri baghal nih kata GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam dan pencen ( termasuk menanggung biawak hidup menteri dan bini menteri ,senator dan kakitangan awam yang makan gaji buta...!!!! )



PM penyanggak nih boros  menteri cap ayam  nih  tak mau citer...arrr....nampak sangat nipunya....!!!



Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.

"Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini.

Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat  wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST.

Mustapa yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya.

Sementara itu di Bachok, Mustapa mahu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri  memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir.

Kerjasama dalam sektor ekonomi adalah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak. – Bernama,






##



hah....ini rupanya  punca GST di laksanakan....bukan setakat pemalas...menteri cap ayam yang ada asik perabihkan beras...tapi bagi  alasan yang tak masuk akal....

ramai nya menteri menteri  dalam kabinet cap ayam dan senator  senator yang  berlambak di samping nafsu membeli belah   guna  wang rakyat bini menteri  yang berlagak  seolah olah dia menteri seperti rosmah lah yang menghancur ekonomi negara .


antara sebab GST di paksakan ke atas semua peringkat rakyat....( GST hukumnya HARAM )


amalan rasuah yang berlaku atau keborosan pembelanjaan oleh kerajaan yang tidak  terkawal gara gara nafsu  rosmah dan lakinya...


















Semasa mantan perdana menteri kita,TDM memerintah Malaysia selama lebih 20 tahun,rakyat tidak pernah pun mengenal sebutan GST. Setiap tahun ekonomi Malaysia masih boleh berkembang walaupun pernah melalui beberapa kali kegawatan ekonomi dunia. GST adalah cukai yg memeras wang titik peluh rakyat.


Tapi kini  GST utk bayar kos 'renovate' jet peribadi, hutang2 kerajaan dan kos2 tender dgn kos yg lebih mahal dari harga market....rakyat di bebankan ....



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI