royalti di sapu kerajaan pusat , ketua menteri pulak kenyang sendiri ...rakyat sabah semakin daif terpaksa guna ambulan kerbau ke hospital
12:08 PTG
berita
,
dalam negeri
,
penaya rakyat
,
rakyat merempat
,
royalti
,
sabah
,
tindas
,
tipu rakyat
Edit
'Ambulan kerbau' terpaksa digunakan pesakit di Kampung Niatang, Pitas bagi mendapatkan rawatan di hospital.
Kerajaan pusat wajar mengkaji semula kadar tuntutan royalti minyak kepada penduduk Sabah dalam usaha membasmi kemiskinan dan masalah pembangunan infrastruktur yang mundur.
Desakan itu susulan pendedahan laporan akhbar tempatan mengenai kisah seorang penduduk Sabah yang terpaksa menggunakan khidmat "ambulan kerbau" sebagai pengangkutan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Kita terkejut dengan kisah seorang penduduk berpenyakit di Kampung Niatang, Pitas yang bernama Bojong Mokiling yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan 'Ambulan Kerbau' (Buffalo Ambulance) sebagai cara pengangkutan untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Ini seperti yang dilaporkam oleh surat khabar tempatan Daily Express.
Binatang kerbau dijadikan pilihan tunggal penduduk untuk membawa pesakit ke jalan utama yang berjarak kira-kira 1.5 kilometer.
Meskipun Sabah merupakan negeri kedua terbesar dan mewakili 10% penduduk Malaysia, namun 40% daripada rakyat negeri dikategorikan sebagai miskin.
Tahap infrastruktur asas di Sabah seperti jalan raya, perubatan dan pendidikan masih tidak memuaskan dan jauh terpinggir.
Nasib yang tertimpa ke atas pesakit tersebut amat mendukacitakan hati rakyat Malaysia, malah mungkin lebih ramai lagi isu yang sama berlaku di Sabah setiap hari.
Tuntutan rakyat Sabah bukan untuk kerajaan melaksanakan projek mega seperti pembinaan pusat beli belah di Kudat atau Koridor Pembangunan Sabah, tetapi mahu sistem rangkaian pengangkutan dan jalan raya yang elok untuk penduduk dan kanak-kanak.
Sabah selama ini menjana sumbangan pendapatan yang besar kepada negara kita, tetapi tuntutan rakyatnya masih tidak direalisasikan sejak tahun 1976 hingga kini.
Justeru itu, Putrajaya wajar mengkaji semula kadar tuntutan royalti petroleum seperti mana yang dituntut negeri Kelantan dan Sarawak termasuk pembangunan kemudahan asas
##
That s why usul-usul keluar Malaysia semakin meningkat...rolyati minyak di sapu kerajaan pusat ,ketua menteri pulak buat tak peduli ...hanya kenyangkan tembolok sendiri....sementara rakyat sabah di biarkan daif dan tertindas.
sabah untuk rakyat sabah baaaa...kasi tendang itu UMNO dari bumi sabah...perosak rakyat...baaaa!!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI