awas...campuran alcohol dalam minuman berkarbonat jolly shandy



PELBAGAI cara boleh dilakukan untuk mengelirukan umat Islam dan salah satu daripadanya ialah menimbulkan kekeliruan di kalangan Muslim dengan mengeluarkan minuman yang boleh menimbulkan perasaan syubhah di kalangan mereka.

Sehubungan itu, pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menyarankan agar perkataan minuman keras ditulis di bahagian atas tin minuman jenama ‘Jolly Shandy’ bagi mengelak berlaku kekeliruan di kalangan pengguna Islam.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata notis amaran dan peringatan perlu diletakkan di rak-rak minuman agar pengguna peka serta memahami jenis minuman tersebut yang banyak dijual secara terbuka di pasar raya sekitar negeri ini.

“Semua pihak berperanan memberi maklumat dan informasi untuk mengelak kekeliruan bagi minuman atau makanan seperti ini dan adalah menjadi harapan semua pihak agar lebih sensitif dan peka berhubung isu pengguna ini.

“Kandungan sebenar minuman ini tidak dinyatakan jelas, malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah sama seperti tin minuman biasa yang berada di pasaran tempatan khasnya,” katanya .

Jolly Shandy merupakan minuman keluaran tempatan mempunyai campuran alkohol dengan perisan ringan lain seperti laici, kiwi, epal dan nenas.

Kandungan alkohol dalam minuman ringan itu ada dinyatakan dalam tin tersebut tetapi ianya tersorok dan tidak jelas seperti tertera dalam gambar di bawah ini yang mana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pembeli terutamanya kanak-kanak.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI