pesta tangkap ikan di tasik
SEBAHAGIAN ikan yang ditangkap oleh orang ramai di Tasik Chagan, wilayah Jilin .
CHANGCHUN - Sejumlah penduduk etnik Mongolia menangkap ikan dengan menggunakan teknik yang diamalkan 1,000 tahun lalu.
Mereka menebuk lapisan ais sebelum menggunakan jaring untuk menangkap
pelbagai jenis ikan antaranya, ikan kap di Tasik Chagan di wilayah Jilin pada Sabtu lalu.
Suhu di kawasan itu ialah - 22 darjah Celsius.
Ikan pertama yang dapat ditangkap dianggap bertuah dan dijual pada harga kira-kira AS$47,000 (RM154,545).
Suasana di kawasan tasik itu seperti sebuah pesta apabila ribuan orang yang mengambil bahagian untuk menangkap ikan.
Tasik itu mempunyai 70 spesies ikan.
Orang ramai yang menangkap ikan itu memakai topi yang diperbuat daripada bulu haiwan dan baju kulit kambing.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI