kerajaan dah sengkek .... maka JKM kata RM 200 cukup tampung hidup warga emas sebulan... lu worang cuba dulu lah kalau nak tau cukup ke tak cukup...?



Adakah RM200 sebulan cukup bagi warga emas mencari makan untuk diri dan suaminya apabila perlu membayar untuk ubat supaya sembuh daripada serangan strok?

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor nampaknya merasakan ia mencukupi. Tahun lepas, ia memotong bantuan kepada ramai warga emas yang menerima RM300 sebulan daripada jabatan itu selama 2 tahun supaya mereka dapat menampung hidup.

Jabatan itu berkata mereka menjalankan penilaian setiap tahun terhadap penerima bantuan untuk memastikan sama ada mereka sudah berkemampuan ataupun masih lagi memerlukan pertolongan.

Penilaian tahun lepas, bagaimanapun menyebabkan ramai warga emas yang bergantung kepada bantuan tersebut tergantung dan tidak menyedari yang bantuan diterima mereka sebenarnya dinilai semula, menurut persatuan penduduk di kawasan perumahan sederhana di Pandamaran, Klang.

Mereka termasuklah Bhuvanaswary M N Mannadiar, 74, dan Paravathy Rajoo, 80, dari Pangsapuri Pandamaran di Klang.

Bhuvanaswary hanya menerima RM200 sebulan daripada dua anak perempuannya. Wanita 74 tahun itu bergantung sepenuhnya kepada tambahan RM300 untuk membayar makanan dan ubat baginya dan suami Ramachandran MS Nair yang berusia 85 tahun.

Manakala Paravathy bergantung sepenuhnya terhadap bantuan RM300 itu. Sejak wang bantuan itu dipotong 9 bulan lalu, dia terpaksa bergantung kepada jiran untuk mendapatkan makanan 3 kali sehari.

Pengerusi Persatuan Pangsapuri Pandamaran Datchinamoorthy Daruman berkata, seorang lagi warga emas dipaksa berpindah dari pangsapuri kos rendahnya kerana tidak mampu membayar sewa sejak wang bantuannya dipotong.

"Mereka ini menerima wang bantuan daripada jabatan selama bertahun-tahun, tetapi secara tiba-tiba ia berhenti lewat tahun lepas.

"Mereka mengadu kepada saya kerana saya 'ketua kampung' yang memberi cadangan kepada jabatan siapa yang perlu diberikan pertolongan,” kata Datchinamoorthy.

Dia mempersoalkan mengapa jabatan itu berhenti memberi bantuan kepada golongan wanita warga emas ini apabila status sosioekonomi mereka tidak berubah. Sebagai orang tengah bagi pemohon bantuan yang tinggal di pangsapuri Pandamaran, dia berkata terdapat lagi warga emas lain yang mengadu perkara sama kepadanya.

Bhuvanaswary berkata dia menerima RM300 sebulan selama 2 tahun. Dia membuat permohonan bantuan tersebut sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013 dan dipotong daripada program tersebut Oktober lalu.

Dia cuba untuk memohon sekali lagi untuk bantuan tersebut pada November, tetapi ditolak oleh pegawai kerana sudah menerima RM200 daripada anak-anaknya.

"Pegawai itu katakan kepada saya, auntie, RM200 sebulan tak cukupkah?

"Saya katakan bagaimana ia boleh cukup? Suami saya tiada wang pencen. Anak perempuan saya suri rumah dan mereka juga bergantung kepada suami mereka untuk wang.

"Saya perlu beli ubat setiap bulan sejak saya terkena serangan strok. Jika saya ada duit yang cukup, saya tidak akan minta daripada jabatan," kata Bhuvanaswary

Apabila diminta maklum balas, jurucakap Jabatan Kebajikan Selangor memberitahu , jabatan tersebut menilai semula setiap kes setiap tahun untuk mengenal pasti penerima bantuan yang masih layak.

Dalam penilaian tahun lepas, jabatan tersebut berkata Bhuvanaswary tidak mengatakan pada awalnya yang dia mempunyai dua anak perempuan dewasa.

"Siasatan kita mendapati Bhuvanaswary sedang dibantu anak perempuannya yang bekerja di Singapura dan memberinya bantuan kewangan, membayar untuk bil utiliti dan rumahnya.

"Penerima itu tidaklah ketandusan wang dan masih mempunyai seorang suami dan anak yang boleh menjaganya," kata jurucakap itu.

Bhuvanaswary mengakui semua ini, dan berkata memang anak perempuannya membayar untuk rumah dan bil utilitinya.

Namun menegaskan RM200 tidak mencukupi bagi dirinya dan suami memandangkan makanan amat mahal pada ketika ini.

Jabatan juga mengesahkan menerima permohonan daripada Bhuvanaswary untuk memberikan semula bantuan dan sedang mengkajinya.

Paravathy pula berkata bantuannya berhenti 9 bulan lalu selepas menerimanya setiap bulan selama setahun.

“Kadang kala salah seorang daripada anak saya akan datang melawat. Dia akan bawa makanan. Dia berikan saya RM10 atau RM20 setiap lawatan. Ia tidak cukup. Saya perlu pergi pemeriksaan di hospital kerana penglihatan saya teruk.

"Anak-anak saya yang lain juga hanya cukup wang untuk keluarga mereka saja," kata Paravathy yang tinggal sendirian di pangsapurinya, satu blok di belakang Datchinamoorthy, pengerusi persatuan pangsapuri itu.

Anak perempuan dan isteri Datchinamoorthy sering berkongsi makanan bersama Paravathy.

Seperti Bhuvanaswary, Paravathy berharap kesnya akan dipertimbangkan semula oleh jabatan.



##



kerajaan dah sengkek agaknya  ...pelbagai alasan untuk rembat hak rakyat...apalah sangat RM 200 jika di bandingkan kos hidup  yang semakin meningkat .tak berbaloi lansung...walau pun hanya  seorang warga emas...jangan ingat perbelanjaan sara hidup tak meningkat walaupun cuma seciput ajer barang yang di beli tapi dengan kos mencanak tinggi tak berbaloi dengan duit bantuan yang terima...

jangan buat alasan ada anak anak atau suami yang membantu..tengok lah pendapatan mereka..yang hanya mampu lepas diri mereka ajer..lain lah anak anak atau suami  jadi saudagar beras atau gula 1 malaysia...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI