jam pintar yang di haramkan pemakaiannya di waktu peperiksaan





Sejak dari dahulu lagi, jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar untuk mengetahui berapa masa yang tinggal sebelum tamat tempoh peperiksaan.

Penggunaan jam tangan amat membantu dalam ‘memberitahu’ dan ‘mengingatkan’ si pemakainya tentang minit-minit dan jumlah masa yang masih berbaki.

Tetapi di United Kingdom, pelajar di beberapa univerisiti sudah mula diharamkan dari memakai ‘jam tangan’ apabila memasuki dewan peperiksaan.

Arahan ini diberikan oleh beberapa universiti kerana risau jam yang dipakai sebenarnya jam pintar yang membolehkan pelajar meniru ketika peperiksaan.

Di Univerisity of London contohnya pihak universiti mengakui sudah menemui dua insiden pelajar cuba menipu menggunakan jam pintar mereka.

Pihak universiti merasakan adalah lebih mudah untuk mengharamkan pemakaian semua jenis jam tangan dari membuang masa memeriksa setiap jam yang dipakai oleh pelajar.

Pengharaman pemakaian jam tangan ini adalah petanda awal bagaimana penggunaan peranti pintar boleh pakai mengubah cara peperiksaan dijalankan.

Pengendali peperiksaan harus peka dengan kemajuan teknologi dan apakah alatan biasa yang akan dipintarkan seterusnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI