gorilla belasah jurugambar



GAMBAR terakhir yang dirakam oleh Courteau menunjukkan gorila jenis Silverback bernama Akarevuro ini menggenggam tangan sebelum melepaskan tumbukan di Taman Negara Volcanoes, Rwanda baru-baru ini.



COURTEAU kelihatan dirempuh oleh Akarevuro.

KIGALI, Rwanda – Seorang jurugambar hidupan liar dibelasah seekor gorila jantan seberat 190 kilogram (kg) yang tiba-tiba mengamuk semasa gambarnya dirakam di Taman Negara Volcanoes dekat sini.

Gorila setinggi kira-kira 2 meter yang dikenali dengan nama Akarevuro itu dilihat sedang makan sejenis tumbuhan sebelum meluru ke arah jurugambar, Christophe Courteau beberapa saat selepas dia mula merakam gambar haiwan berkenaan.

Courteau, 46, ditumbuk oleh gorila itu pada muka sebelah kiri sebelum dirempuh dan dipijak, dia bagaimanapun bernasib baik kerana cuma mendapat parut kecil pada dahi sebagai ‘cenderamata’ pertemuannya dengan raja kumpulan gorila Kwitonda yang dilindungi di sini.

“Akarevuro tiba-tiba meluru ke arah saya tetapi saya tidak boleh mengelak kerana sedang melutut untuk mengambil gambarnya. Kurang satu saat dia sudah campak saya ke tepi dengan mudah, umpama dilanggar sebuah kereta api,” katanya.

Beberapa keping gambar saat-saat jurugambar itu dibelasah Akarevuro berjaya dirakamkan seorang lagi jurugambar, Christophe Vasselin.

Gorila jenis Silverback itu dikatakan menyerang kerana berasa terancam dengan kehadiran Courteau dan mungkin me­nganggap jurugambar itu sebagai pesaing kedudukan sebagai ketua dalam kumpulannya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI