harga sebuah pengorbanan untuk masa depan negara
Rakyat yang ingin terus menyokong hidupnya demokrasi di negara di nasihatkan terus tabah kerana apa yang dilalui sebelum ini adalah harga sebuah pengorbanan membentuk masa depan sebuah negara setelah mahkamah kartun atas arahan tuan politik UMNO menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bukanlah mudah untuk mengumpulkan semua kekuatan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kelmarin.
Apa yang Anwar pesan untuk terus tabah kerana ini harga sebuah pengorbanan untuk masa depan negara kita bagi menuntut keadilan dan menentang kezaliman.
Sebagai warga Malaysia bukan hanya untuk Anwar tetapi kepada semua mangsa kezaliman politik UMNO yang wajar kita perjuangkan.
Bukanlah satu jalan mudah meneruskan perjuangan selepas penahanan Anwar yang sangat tragik dan diiringi linangan air mata.
Kepada rakyat yang pendokong keamanan dan cintakan demokrasi terus subur di negara ini supaya terus bersama kami. Teruskan menyokong untuk masa depan kita.
Anwar kelmarin gagal dalam rayuan kes Liwat II dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman lima tahun penjara sebagaimana yang ditetapkan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah juga mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan daripada yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman".
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI