anjing UMNO mahu zunar disiasat kerana kritik mahkamah kartun




Selepas menggesa dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kritikan terhadap hukuman mahkamah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kartunis Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, turut menjadi perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid melalui laman Twitter berkata polis perlu menyiasat segera kenyataan Zunar di laman berkenaan.

Zunar hari ini menulis di Twitter: "Barua-barua berjubah bangga menjatuhkan hukuman. Habuan daripada tuan politik pasti lumayan".

Khalid kemudiannya berkata: "Orang ini juga mengundang tindakan @PDRMsia."

Dalam reaksinya , Zunar mengalu-alukan siasatan polis itu.

Jelasnya, kenyataannya bersifat "puisi umum" dan tidak menamakan mana-mana hakim.

"Ia sangat umum, jadi mana-mana hakim yang mengikut skript pasti dapat habuan lumayan dari tuan mereka," kata Zunar.

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat pertama mendapat perhatian Khalid selepas dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata tindakan akan diambil terhadap Nga di bawah Akta Hasutan.

"Orang di bawah ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita akan ambil tindakan dibawah Akta Hasutan," katanya merujuk kiriman Twitter Nga.

Sebelum itu, Nga menulis di Twitter: "Rakyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang zalim".

Manakala Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat, menurut Khalid, selepas ahli Parlimen Pandan itu mengirim gambar seorang hakim berjubah hitam berserta simbol dolar.

"@PDRMsia siasat juga tweet ini yg cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar," tulis Khalid.

Sementara itu, Zunar menyeru Khalid mendengar dengan sendiri keluhan rakyat di jalan raya.

"Jangan duduk pejabat dan baca tweet, dia harus turun ke jalan raya dan dengar keluhan rakyat bagai mana polis dan kehakiman telah hilang wibawa."






##


Barua-barua berjubah bangga menjatuhkan hukuman. Habuan daripada tuan politik pasti lumayan...


err...boleh siasat wa sekali...wahai anjing...he he he

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI