30 tahun hidup bersama kambing



PATTALLASSANG, Sulawesi Selatan: Seorang warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua ekor kambing peliharaannya selepas dia “dibuang keluarga” sendiri.

Untuk memenuhi keperluan harian, Daeng Bollo, 75, menternak ayam sejak 10 tahun lalu apabila bantuan kerajaan tidak lagi diperolehnya.

Media tempatan melaporkan, setiap hari reban ayam seluas 2 x 3 meter itulah menjadi tempat Daeng Bollo berteduh.

Pada malam hari, kata media, Daeng Bollo tidur bersama ayam serta kambing peliharaannya.

Kata Daeng Bollo, reban ayam itu milik Awaluddin Rewa Daeng Siala.

“Sejak saya dibuang keluarga 30 tahun lalu, saya menumpang teduh di sini,” katanya.

Menurut penduduk setempat, mereka pernah beberapa kali menasihati Daeng Bollo supaya berpindah ke tempat lain.Namun, cadangan itu ditolaknya.

Alasan Daeng Bollo – dia malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

Ramai menawarkan diri menyediakan kediaman lain untuknya.

Dia juga tertanya-tanya mengapa bantuan bulanan daripada kerajaan terhenti sejak 2005.

“Entahlah. Jika mengikut syarat, semuanya sudah dipenuhi, tetapi masih belum nampak perubahan,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI