70 orang di baham piranha
BUENOS AIRES – Seramai 70 pengunjung yang sedang mandi-manda di sebatang sungai di Argentina cedera akibat diserang sekumpulan ikan piranha kelmarin.
Serangan mengejutkan itu turut menyebabkan tujuh kanak-kanak hilang beberapa batang jari tangan dan kaki mereka.
Pengarah agensi penyelamat tempatan, Federico Cornier berkata, kejadian berlaku ketika beribu-ribu pengunjung sedang mandi di Sungai Parana, Rosario Rabu lalu.
“Mereka mandi di sungai ekoran cuaca panas yang mencecah 37° Celsius,” kata Cornier.
Menurutnya, serangan itu dilakukan oleh ikan piranha spesies palometas yang bergigi tajam dan ganas.
Kawasan itu kini ditutup sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI