Tuna biru 180 kg di lelong pada harga AS$37,500



KIMURA bersama ikan tuna biru yang berjaya dibeli selepas menjadi pembida tertinggi di pasar Tsukiji, Tokyo, Jepun.

TOKYO – Seekor ikan tuna biru dijual pada harga AS$37,500 (RM132,267) di sebuah pasar ikan terkenal di sini semasa acara jualan lelong akhir tahun baru baru ini.

Kiyoshi Kimura, seorang pemilik restoran sushi, berjaya membida ikan seberat 180 kilogram itu yang merupakan antara spesies ikan yang semakin mengalami kepupusan.

Kimura merupakan pembida tertinggi bagi ikan tuna biru terbesar untuk empat tahun berturut-turut di pasar Tsukiji itu.

“Beratus-ratus ikan tuna dijual tetapi ini adalah yang paling luar biasa dan menarik minat saya,” katanya.

Permintaan tinggi ikan tuna untuk penghasilan sushi menyebabkan spesies ikan itu menjadi tumpuan nelayan dan semakin sukar untuk diperoleh akhir-akhir ini.

Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) telah mengklasifikasikan ikan tuna biru sebagai spesies terancam yang perlu dipulihara.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI