awas ....ada kilang mengeluarkan bebola ikan berperisa najis tikus....!!!





RASANYA bukan sekali dua kes melibatkan kilang menghasilkan makanan yang dilabelkan sebagai kotor dan menjijikkan tersebar di Internet.

Namun seakan tidak gentar dengan hukuman pihak berkuasa, segelintir pengilang dengan selamba tetap menguruskan pembuatan makanan dengan meminggirkan aspek kebersihan.

Terbaharu, sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong, George Town telah diarah tutup dari melakukan operasi ekoran terlalu kotor.

Bebola yang siap dibungkus diletakkan di atas lantai sahaja manakala pekerja yang menggaul isi ikan tidak memakai sarung tangan.

Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan.

Keadaan ini menyebabkan  premis itu di arahkan  supaya ditutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

Enam saman bernilai RM750  telah di keluarkan  oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap pengusaha bebola ikan tersebut kerana melakukan pelbagai jenis kesalahan.

Antaranya, menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.

Hm, agak-agak dah berapa ramai agaknya pengguna yang dapat sakit perut sebab termakan bebola dan kek ikan kotor tapi dendanya cuma RM750....!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI