melanun di musim banjir ...ada lilin di jual RM 1 sebatang
Kita rasa kesal dengan tindakan segelintir peniaga di pahang yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan petrol selepas banjir.
Perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab dan tidak harus dilakukan semasa orang ramai dihimpit kesusahan.
Kita mendapat maklumat ada peniaga di daerah di pahang ini menjual minyak petrol RM5.20 seliter dan lilin RM1.00 atau RM1.50 sebatang. Malah ada juga yang menjual beras seberat 10 kilogram sehingga RM40 sekampit..
Oleh itu kita berharap Bahagian Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit.
Tindakan orang ramai yang berebut-rebut membeli barangan secara berlebihan juga mendorong peniaga menaikkan harga barang.
Sementara itu di laporkan bekalan barang keperluan mencukupi di Pahang dengan pemborong serta pembekal daripada Kuala Lumpur telah mula membekalkan barang-barang kepada 54 pemborong di negeri ini setelah perhubungan jalan raya pulih dua hari lalu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI