harga minyak turun tapi kerajaan masih rembat lagi keuntungan dari rakyat...!!!

PUTRAJAYA – Kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 sebanyak 35 sen seliter, masing-masing kepada RM1.91 dan RM2.11 bermula pukul 12.01 pagi hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

“Harga baharu ini akan berkuat kuasa bagi bulan Januari 2015.



PENGGUNA kenderaan dapat menikmati harga petrol yang lebih rendah disebabkan trend penurunan harga minyak mentah dunia

“Kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan harga pasaran produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kerajaan pada 21 November lalu memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.

Sehubungan itu, harga runcit RON95 pada bulan Disember ditetapkan RM2.26 seliter dan diesel RM2.23 seliter. Harga RON97 pula RM2.46 seliter.


Sementara itu bekas  staff petronas dedahkan...bahawa ‘RON95, diesel sepatutnya kurang dari RM1.90’


MP PKR, Rafizi Ramli mendakwa pengguna sepatutnya membayar kurang daripada harga RM1.90 untuk petrol RON95 dan diesel.

Rafizi berkata, harga RON95 sepatutnya ditetapkan pada kadar RM1.75 dan RM1.79.

Katanya, kadar itu termasuk margin keuntungan dan bayaran balik kos yang dijanjikan oleh kerajaan kepada syarikat pengeluar minyak, sebanyak 32 sen seliter untuk RON95 dan 23 sen seliter untuk diesel.

Beliau memberi alasan, harga pasaran RON95 dan diesel masing-masing sudahpun turun ke paras RM1.43 dan RM1.56 pada 30 Disember.

Rafizi seterusnya mendakwa, kerajaan mengaut keuntungan tambahan daripada cukai petrol secara senyap-senyap kerana harga tersebut sudahpun turun seawal 1 Disember lalu.

Naib presiden PKR itu turut mengemukakan carta yang menunjukkan bahawa harga RON95 dan diesel termasuk keuntungan masing-masing adalah RM2.05 dan RM2.10 sejak awal bulan ini, dan terus menurun dengan sekata sehinggalah ke paras harga 30 Disember.

“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), BN mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.

“...Jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi Disember 2014 ialah RM633 juta tanpa diketahui oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi seterusnya menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perbelanjaan yang dibuat daripada kutipan cukai tersebut.

Beliau turut mengulangi gesaannya agar subsidi bahan api diperkenalkan semula agar harga RON95 dan diesel di pam masing-masing boleh dikurangkan kepada RM1.61 dan RM1.64.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI