resepi kek marble



BAHAN-BAHANNYA :-)

230 gram mentega
170 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
150 gram gula kastor (resipi asal guna 170 gram)
3 camca besar susu pekat manis
1 camca besar ovallate
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar sebuk koko + 4 camca besar air panas + 1 camca teh perisa mocha = kacau hingga jadi pes

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna bundt-pan atau acuan kek berlubang tengah, hanya perlu lenser dengan mentega rata2). Ketepikan.

Putar mentega, susu pekat manis hingga kembang dan putih. Ketepikan. Dalam mangkuk kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus putar hingga putih telur kental.

Masukkan ovallate dan putar lagi hinga sebati. Sederhanakan kelajuan dan masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Kemudian masukkan pula adunan mentega, putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata dan sebati. Tambah esen vanilla dan kacau rata.

Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah bancuhan serbuk koko tadi dan kacau rata2. Tuang 1/2 bahagian adunan biasa, kemudian adunan coklat (tinggalkan sedikit) dan tuang lagi baki adunan biasa hingga habis. Baki adunan coklat ditepek2kan atasnya. Menggunakan chopstick atau pisau, buat beberapa pusingan.

Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit atau hingga masak. Kek akan turun sedikit bila sejuk. Hidangkan untuk minum petang.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI