plot kubur untuk penyokong






Sao Paulo: Peminat sebuah pasukan bola sepak terkemuka di Brazil kini boleh menunjukkan kesetiaan mereka hingga mati apabila kelab itu mengesahkan rancangan mewujudkan tanah perkuburan untuk penyokongnya.

Kelab Corinthians yang berpusat di Sao Paulo berkata, ia menyediakan 70,000 plot kubur untuk peminatnya di tanah perkuburan yang diberi nama ‘Corinthians Forever’ yang dijangka dibuka pada 2015.

Kompleks perkuburan yang luas itu juga akan menjadi tempat persemadian pemain legenda kelab berkenaan.

Sehubungan itu, kubur sehingga 100 tokoh yang diiktiraf Corinthians akan dipindahkan ke tanah perkuburan baru itu.

Setiap plot itu dijual dengan harga antara RM6,000 hingga RM10,000, bergantung kepada saiz dan kedekatannya dengan idola kelab.

Corinthians antara kelab terkenal di Brazil, memenangi kejuaraan kebangsaan lima kali sepanjang 104 tahun sejarah mereka dan dua kali Piala Kelab Dunia FIFA.

Antara pemain ternama mereka ialah Socrates, bekas kapten Brazil yang bermain untuk kelab berkenaan antara 1978 dan 1984. Dia meninggal dunia pada 2011.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI