musim anak derhaka agaknya...betina nie marah bapanya pasal tak reti pam tayar





Gadis (berpakaian ungu) dikatakan memarahi bapanya yang sedang mengepam angin kerana tidak tahu cara mengepam. Memang kurang ajar.

Semalam baru sahaja kita  memaparkan kisah seorang anak lelaki yang mahukan bapanya membelikan telefon pintar untuk dirinya dan aweknya biarpun bapanya tidak berkemampuan.

Hari ini, di laman sosial Twitter, dikongsikan pula gambar seorang gadis memarahi bapanya sendiri di hadapan orang ramai hanya kerana bapanya tidak tahu mengepam angin tayar kereta.

Kita harap koleksi kisah anak kurang ajar dengan mak bapak ni  janganlah bertambah ikut musim pula  kerana ia boleh menjejaskan institusi keluarga dan melahirkan generasi biadap.

Bapa gadis berkenaan dikatakan sedang mengepam tayar dan berpakaian segak untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya itu ketika ditengking ketika cuba mengepam angin.

Entah-entah, bapanya bukan tidak tahu cara mengepam angin tetapi pam berkenaan mempunyai masalah tapi si anak tidak boleh menahan sabar.

Bagaimanapun, tiada kisah lanjut berkenaan gambar berkenaan yang hanya dirakamkan dari dalam sebuah kereta.

Jika benar, memang tak patut anaknya yang memakai kereta jenis Peugeot bersikap sebegitu dengan bapanya sendiri.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI