miang mexico



RUMPAI pathenium hysterophorus yang ditemui di Kampung Baru Saga, Rantau .

Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Kita nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat.

Ini berikutan  mengenai sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Miang Mexico  yang di temui oleh penduduk tempatan di negeri ini.

Tumbuhan itu yang nama saintifiknya parthenium hysterophorus hangat diperkatakan penduduk Kampung Baru Saga di Rantau, dekat sini, kerana dikatakan menyebabkan seorang wanita warga emas mengalami penyakit kulit yang serius.

Tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia.

Tumbuhan mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI