lelaki berjaya rakam kununnya raksaksa mendiami Tasik Loch Ness




GAMBAR yang dirakam Collins ini menunjukkan satu objek berleher panjang (dalam bulatan) sedang berenang di Tasik Loch Ness di Lewiston, Scotland baru-baru ini.

LEWISTON, Scotland – Seorang lelaki di sini mendakwa berjaya merakamkan video dan gambar satu objek yang dipercayai seekor raksasa misteri yang mendiami Tasik Loch Ness berhampiran Drumnadrochit dekat sini.

Lelaki tersebut, Richard Collis, 58, berkata, dia melihat satu objek pelik sedang berenang di permukaan tasik berkenaan ketika sedang memandu berhampiran kawasan itu pada minggu lalu.

“Saya melihat seperti ada seekor haiwan berleher panjang sedang berenang di permukaan tasik dan saya terus mengambil telefon bimbit untuk merakamkan gambar serta video.

“Saya yakin objek berkenaan adalah raksasa yang mendiami tasik ini sejak beratus-ratus tahun lalu,” katanya.

Tasik tersebut terkenal dengan legenda raksasa Loch Ness selepas seorang lelaki, Christian Spurling merakamkan gambar objek menyerupai seekor raksasa berleher panjang sedang berenang pada tahun 1993.

Sejak itu beberapa individu juga mengaku berjaya merakamkan imej raksasa misteri tersebut di tasik berkenaan


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI