pecah rekod dunia angkat berat dalam air





AKSI Riqual ketika mengangkat bebanan seberat 50 kilogram sebanyak 36 kali di dalam air sekali gus memecahkan rekod dunia.

PARIS – Seorang lelaki berjaya memecah rekod dunia apabila mengangkat satu bebanan seberat 50 kilogram sebanyak 36 kali ketika berada di dalam air.

Lelaki tersebut, Gerald Rioual mengangkat bebanan berkenaan dalam tempoh 90 saat ketika menyelam di dalam air tanpa memakai sebarang alat bantuan pernafasan.

Rioual berkata, dia mendapat idea untuk memecah rekod berkenaan selepas membaca Buku Rekod Dunia Guinness bersama dua anaknya.

“Dalam buku itu ada menyatakan bahawa rekod dunia mengangkat bebanan dalam air dipegang oleh lelaki Itali, Marcello Paredi yang berjaya mengangkat bebanan sebanyak 20 kali pada tahun 2010.

“Saya memberitahu anak saya bahawa saya mampu untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Paredi itu,” katanya.

Rioual turut merakamkan aksinya memecahkan rekod dunia tersebut dan memuat naik video berkenaan di laman perkongsian video YouTube

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI