takut ebola...buat persembahan dalam bola gergasi...?



PENYANYI rap terkenal, Akon membuat persembahan dalam bebola hamster gergasi sewaktu konsertnya di Goma, Repubik Demokratik Congo pada Ahad lalu.

GOMA – Penyanyi rap terkenal, Akon yang membuat persembahan dalam bebola hamster gergasi semasa mengadakan konsert di Republik Demokratik Congo kerana bimbang dengan penularan wabak Ebola telah dikecam oleh para peminatnya.

Peminat di laman Twitter menuduh dia cuba mengelak daripada dijangkiti virus yang telah membunuh lebih 3,000 orang sewaktu konsertnya di Goma pada Ahad lalu.

“Pihak penganjur konsert hanya melindungi Akon, maka penonton sahaja yang terdedah dengan risiko Ebola,” kata seorang pengguna Twitter.

Menurut seorang lagi penonton, dia juga inginkan bola gergasi yang sama bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada jangkitan wabak Ebola.

Akon bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa dia berbuat demikian bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan Ebola, sebaliknya memberitahu turut menggunakan bola yang sama semasa konsertnya di Australia dan Dubai pada tahun 2010 iaitu empat tahun sebelum penularan wabak Ebola.

Bola gergasi itu digunakan untuk membolehkan penyanyi hip hop kelahiran Missouri, Amerika Syarikat tersebut berada dekat dengan para penonton


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI