coklat berharga RM 3000++



Pembeli boleh merasai 240 jenis coklat di dalam sebuah kotak.

DUBAI – Sebuah syarikat di sini melancarkan produk coklat dalam kotak emas 24 karat dan dijual pada harga £600 (RM3,133) lapor akhbar MailOnline semalam.

Terdapat 240 jenis coklat yang diisi dalam kotak kayu yang turut dihiasi kristal Swarovski.

Malah, pelanggan juga boleh membuat pembayaran lebih jika mahu nama mereka diukir di atas penutup bertatahkan emas itu.

Syarikat coklat Delice yang diasaskan oleh Jalel Ghayaza itu menggunakan bahan-bahan eksklusif serta mewah seperti coklat valrhona yang diimport dari Perancis, badam dari Tunisia serta kacang pistasio dari Afghanistan.

Syarikat berkenaan juga menggunakan bahan pewarna semula jadi daripada ubi bit, manakala kunyit digunakan untuk menghiasi coklat-coklat berkenaan. Terdapat coklat tanpa gula yang diperbuat daripada puri oren, strawberi dan epal.

“Meskipun dianggap sebagai coklat termahal, ia tetap laris dan mendapat sambutan ramai,” kata Jalel.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI