paksa penumpang melepaskan hajat di tepi jalan
Seorang pengguna Facebook mendakwa menyaksikan satu kejadian memalukan ketika menaiki sebuah bas ekspres dari Hentian Bas Sri Putri, Skudai ke Shah Alam.
Apa yang berlaku, pemandu kedua bas ekspres dikatakan bertindak zalim dan tak berhati perut apabila berhenti di tepi lebuh raya selepas seorang penumpang meminta supaya bas dihentikan di R&R berhampiran kerana sakit perut dan mahu membuang hajat.
Apabila pemandu terbabit enggan berhenti di R&R sebaliknya di tepi highway sahaja, mahu tak mahu terpaksalah penumpang malang itu turun bagi melaksanakan hajat.
Tambah haru kawasan bas dihentikan adalah kawasan lapang dan aksi penumpang yang terpaksa membuang air besar di tepi jalan dapat disaksikan semua orang.
Jika kejadian ini benar, maka ia amat tidak berhati perut.
Bayangkan jika diri sendiri dipaksa membuang hajat bersaksikan orang lain? Sudah tentu malu bukan kepalang..
Hai, baru pegang stereng bas ekspres sudah jadi begini angkuh. Kalau jadi pilot tak tahulah macam mana dia punya eksyen
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI