lelaki terkuat memiliki 19 rekod dunia



FAST memiliki 19 rekod dunia dan menggunakan wang yang diperoleh untuk acara kebajikan.

COBOURGE – Seorang lelaki yang juga paderi di sebuah gereja di Kanada telah diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia dalam acara menarik objek berat.

Lelaki itu, Kevin Fast, 51, sehingga kini masih memegang sembilan rekod dunia yang masih belum dicabar mana-mana individu lain seperti menarik kapal terbang seberat 188.83 tan.

Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter selain pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan.

Lelaki yang tinggal di Cobourge, Kanada itu pernah bersaing secara profesional dalam banyak acara di Amerika Utara dan masih mengekalkan sembilan rekod dunia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pesaing.

“Kebanyakan masyarakat sukar untuk mempercayai saya mampu melakukan semua perkara ini dan beranggapan saya hanya seorang paderi biasa,” kata Fast yang telah bertugas sebagai paderi selama 22 tahun.

Tahun lalu, Kevin telah mencipta empat rekod dunia masing-masing dalam acara menarik trak dengan lengan seberat 12.5 tan, menimbang 11 orang di atas bahu, melontar 14 batang kayu balak dalam masa tiga minit dan menarik kereta luncur salji seberat 17.5 tan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI