larang hantar e-mel berkaitan kerja lepas waktu kerja



Berlin: Kerajaan Jerman dijangka mewujudkan undang-undang baru pada 2016 yang melarang pekerja menerima e-mel berkaitan kerja selepas jam 6 petang.

Perubahan yang bakal dicadangkan itu berdasarkan hasil kajian diarahkan dilakukan Menteri Buruh Andrea Nahles.

“Keadaan kerja seperti itu memang menyebabkan gangguan terhadap kesihatan mental seseorang,” katanya.

E-mel memang menjadi bahagian penting dalam kerja harian malah kajian menunjukkan lebih suku hari bekerja (28 peratus) kini dihabiskan dengan hanya membaca atau membalas e-mel.

Bagaimanapun, disebabkan ia memudahkan komunikasi, pertukaran e-mel sebenarnya bererti pengguna tidak lagi bekerja sekadar dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Malah, satu lagi kajian pada 2012 menunjukkan waktu kerja secara am kini bermula pada jam 7.17 pagi dan berakhir pada 7.02 malam kerana golongan pekerja terpaksa memeriksa e-mel termasuk menggunakan telefon pintar.

Jika Jerman meluluskan perubahan itu, ia akan menjadi undang-undang pertama dunia yang mengehadkan e-mel selepas waktu kerja.

Sebelum ini, ada kesatuan pekerja di Perancis menandatangani perjanjian bagi membolehkan golongan pekerja tidak mengendahkan e-mel selepas bekerja 13 jam.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI