labu bentuk kepala frankenstein



DUA pekerja Dighera membuka bekas khas bagi membentuk labu yang menyerupai watak Frankenstein.

LOS ANGELES – Seorang petani berjaya menanam buah labu yang mempunyai bentuk menyerupai wajah watak filem Frankenstein sebagai persediaan sambutan hari Halloween,kelmarin.

Petani tersebut, Tony Dighera mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan tanaman labu berkenaan yang dijual pada harga £75 (RM245) sebiji.

Dighera, 53, berkata, buah labu berkenaan dibiar membesar di dalam acuan plastik supaya buah berkenaan mempunyai bentuk menyerupai watak tersebut.

“Saya mengambil masa selama empat tahun untuk menanam 27 jenis buah labu dan membelanjakan banyak wang untuk projek ini.

“Bagaimanapun, akhirnya saya berjaya menghasilkan labu berbentuk watak berkenaan dan mula mendapat keuntungan daripada hasil jualannya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berputus asa walaupun beberapa kali percubaannya gagal dan dia juga hampir kehabisan wang untuk menanam labu berkenaan.

“Saya gembira usaha saya selama ini sangat berbaloi dan saya menerima tempahan yang luar biasa sempena perayaan Halloween tidak lama lagi,” ujarnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI