doktor pembawa EBOLA di buru
Abidjan: Ivory Coast yang masih terselamat daripada wabak Ebola, semalam melancarkan gerakan ‘memburu’ seorang lelaki yang melarikan diri dari rumahnya selepas disyaki dijangkiti virus maut itu.
Lelaki terbabit ialah doktor Guinea yang melarikan diri dari negara itu kerana ketakutan apabila ada pesakitnya mati dipercayai akibat Ebola.
Seorang pegawai kanan Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Ivory Coast berkata, ketika ini doktor terbabit tidak membawa risiko berjangkit, menyebabkan pihak berkuasa kesihatan tidak mengeluarkan amaran mengenainya.
Katanya, orang ramai dinasihat tidak panik.
“Kami berpendapat lebih baik jika dia ke hospital,” katanya.
Ivory Coast setakat ini belum mencatatkan sebarang kes Ebola, tidak seperti negara jirannya.
Kerajaan baru saja membuka lapangan terbangnya untuk pesawat udara dari tiga negara berisiko dengan satu penerbangan dari Conakry, Guinea, mendarat di Abidjan Isnin lalu.
Bagaimanapun, pintu sempadan darat masih ditutup.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI