bahan makanan yang boleh di gunakan sebagai pencuci

Terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran.

Bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Namun, untuk keberkesanan berganda, adalah lebih afdal andai ia terus digunakan tanpa dicampur dengan bahan lain.

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci.

Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian jika  ia digunakan pada cara yang betul.

1. Kulit pisang sebagai bahan mencuci barangan perak.





Jika ada antara kita  yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang.


2. Kulit timun boleh hilangkan contengan di dinding dan meja.



Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding.

Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi.



3. Sos tomato untuk kilatkan barangan tembaga.




Tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba.

Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala.


4. Bawang untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang.



Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu


5. Kacang walnut untuk hilangkan calar pada perabot kayu.



Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut.

Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang!


6. Garam sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah.




Bagi menghilangkan kesan wain merah, kita cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering.


7. Potongan roti sebagai medium mengutip sisa kaca.




Ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai.

Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI