sakit mental ...bila bakar pusat kawalan penerbangan menyebabkan ramai pengguna terjejas



RIBUAN penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago terkandas apabila pusat kawalan trafik udara dibakar kelmarin.

CHICAGO – Seorang kakitangan bertindak membakar pusat kawalan trafik udara di sini menyebabkan beribu penerbangan di dua buah lapangan terbang paling sibuk di sini terjejas kelmarin, menurut pusat aduan jenayah.

Dalam kes yang difailkan di Mahkamah Daerah di Chicago itu, Brian Howard, 36, didakwa dengan sengaja cuba memusnahkan pesawat dan kemudahan penerbangan pesawat.

Dalam pada itu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata, Howard telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami kerana cuba membunuh diri dan belum ditentukan tarikh untuk perbicaraan.

Semasa ditemui oleh pegawai paramedik, dia dikatakan cuba memotong lehernya sendiri selepas membakar pusat kawalan udara, menurut laporan pusat aduan itu.

Hingga lewat tengah hari kelmarin, sebanyak 1,950 pelepasan dan pendaratan pesawat terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun sejumlah penerbangan dapat diteruskan selepas tergendala selama lima jam berikutan gangguan pada sistem kawalan trafik udara.

“Lelaki itu menggunakan gasolin untuk memulakan kebakaran,” kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, Thomas Ahern.

Howard juga menggunakan kad akses pekerja untuk masuk ke bahagian utama pusat kawalan udara dan membawa satu beg beroda ketika masuk, menurut laporan pusat aduan jenayah itu lagi.

Jadual penerbangan yang tergendala di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare dan Lapangan Terbang Midway itu juga menimbulkan persoalan terhadap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengenai ketiadaan pilihan alternatif jika sesuatu kemudahan yang ada mengalami kerosakan.

Pegawai di lapangan terbang memberitahu, pihaknya tidak dapat memberi kepastian bila jadual penerbangan akan kembali seperti biasa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI