iphone jadi alat pengintip pemiliknya



WASHINGTON - Ramai yang tidak mengetahui bahawa telefon pintar iPhone yang dimiliki turut disertakan dengan fungsi log yang mampu merekodkan setiap pergerakan pemiliknya setiap hari, lapor MailOnline semalam.

Sistem tersembunyi itu mampu menganalisis segala bentuk data seperti kedudukan atau lokasi tempat tinggal pengguna berdasarkan frekuensi dan tetapan masa yang dijalankan.

Fungsi itu yang dikenali sebagai Frequent Location telah direka secara rahsia dalam produk iPhone setahun yang lalu, namun tidak ramai pengguna yang mengetahui program itu.

Apple bagaimanapun mendakwa, perisian rahsia itu dicipta untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pemetaan kepada pengguna dan mereka boleh menghentikannya dengan membuat pilihan dalam menu privasi.

"Setiap tempat yang anda pergi, di mana anda membeli-belah dan sebagainya akan direkodkan, bagi saya itu adalah rahsia peribadi yang tidak wajar direkodkan," kata salah seorang daripada pakar komputer terkemuka Britain, Prof. Noel Sharkey.

Para pengkritik turut mempertikaikan perisian tersebut kerana bimbang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak lain termasuk majikan yang mahu mengintip pekerja mereka dan isteri yang cemburu.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI