pelancaran iphone 6 yang miliki skrin lebih besar




TELEFON pintar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus (kiri) dipamerkan pada satu acara Apple Cupertino, California kelmarin.

CUPERTINO, California - Firma Apple memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, iPhone 6 yang mempunyai skrin lebih besar .

Gajet itu menampilkan skrin bersaiz 11.93 sentimeter (sm) atau 4.7 inci berbanding skrin 10.16sm (4 inci) yang terdapat pada model sebelum ini.

Model iPhone 6 Plus pula memiliki skrin lebih besar 13.97sm (5.5 inci) di samping penambahbaikan lain termasuk jangka hayat bateri lebih lama dan resolusi skrin lebih tinggi.

IPhone 6 Plus dijual pada harga AS$100 (RM320) lebih mahal berbanding versi standard.

Saiz iPhone 6 bagaimanapun lebih kecil berbanding dua model utama Samsung iaitu Galaxy S5 dan Note 4 yang dilengkapi skrin 12.95sm (5.1 inci) dan 14.47sm (5.7 inci).

"IPhone 6 adalah lebih pantas dan mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding model sebelum ini," kata Apple dalam satu kenyataan.

Telefon pintar itu juga dilengkapi barometer untuk mengukur altitud.

Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan telefon menggunakan Wi-Fi sekiranya isyarat selular lemah.

Resolusi kamera pula dikekalkan pada 8 megapiksel walaupun pesaingnya Android dan Window menawarkan resolusi sekali ganda lebih tinggi.

Bagaimanapun, kata Apple, bilangan megapiksel hanya satu faktor untuk mendapatkan foto jelas.

Apple menyatakan iPhone 6 dilengkapi sensor baharu untuk mendapatkan rakaman gambar yang lebih baik.

IPhone 6 akan dijual di Amerika Syarikat (AS) pada 19 September ini manakala tempahan awal boleh dibuat bermula esok.

Gajet itu ditawarkan pada harga bermula AS$199 (RM638) bersama kontrak dua tahun di AS untuk model dengan storan 16 gigabit.

Model 64 gigabit dan 128 gigabit bersama kontrak dua tahun pula setiap satu berharga AS$299 (RM958) dan $399 (RM1,279).

Selain iPhone 6, Apple semalam turut memperkenalkan jam tangan pintar yang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat gajet berkenaan.

Aksesori itu dilengkapi ciri-ciri telefon pintar



spesifikasi penuh di sini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI