macam macam hal...anak tumpang bakal urus harta jutawan



Bangkok: Mitsutoki Shigeta, 24, lelaki Jepun yang mendapat perhatian selepas skandal bayi tabung uji menjadi ayah kepada 12 kanak-kanak menggunakan ibu tumpang Thai kerana mahu memastikan darah dagingnya boleh menjaga empayar perniagaannya.

Perkara itu didedahkan peguam lelaki berkenaan, Kong Suriyamonthon yang mendakwa Shigeta mengisytiharkan aset berjumlah lebih 4 bilion baht (RM398 juta) dan meraih pendapatan 80 juta baht (RM8 juta) setahun hanya dari dividen.

Jurucakap polis Leftenan Jeneral Korkiat Wongworachat semalam menemui Kong dan menerima dokumen yang membuktikan Shigeta berasal dari keluarga kaya-raya.

“Ibu bapanya juga tahu mengenai anak daripada ibu tumpang ini, malah anak guam saya berharap mendapat sehingga 20 anak melalui proses berkenaan,” kata Kong.

Menurutnya, Shigeta ingin menjaga semua anaknya dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan tidak terpisah dengan mereka.

Sementara itu, Korkiat berkata maklumat diperolehi hasil siasatan menunjukkan aktiviti Shigeta itu tidak dikira sebagai pemerdagangan manusia.

“Dia tidak perlu menemui penyiasat di sini. Tetapi jika dia bersetuju datang sudah tentu ini akan membersihkan namanya di mata orang ramai,” katanya.

Selain itu, pemilik klinik All IVF, Dr Pisit Tantiwattanakul turut disiasat berhubung skandal berkenaan.

Doktor berkenaan akhirnya menyerah diri kepada polis semalam - lebih sebulan sejak skandal itu terbongkar.
Semalam ialah hari terakhir ditetapkan untuk dia menjawab saman polis terhadapnya sebelum waran tangkap dikeluarkan.

Pisit didakwa gagal memastikan perkhidmatan disediakan kliniknya mematuhi undang-undang perubatan selain menjalankan klinik tanpa lesen sah.

Kliniknya mendapat perhatian pihak berkuasa selepas didedahkan menjadi tempat Shigeta mendapat khidmat beberapa ibu tumpang untuk melahirkan lebih 10 bayi.

Shigeta membayar wanita terbabit untuk melahirkan anaknya sebelum mengambil bayi berkenaan.

Thailand tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung perkhidmatan ibu tumpang.

Bagaimanapun, Majlis Perubatan negara itu mengharamkan penggunaan ibu tumpang yang dibayar

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI