jenayah siber dari kerugian wang ringgit hingga maruah tergadai







antara jenayah siber  yang pernah di laporkan .


Bukan setahun dua masalah membabitkan jenayah di alam maya ini. Sejak teknologi seperti laman sosial makin berkembang dengan munculnya pelbagai medium komunikasi, ribuan kes penipuan dilaporkan. Mangsanya banyak golongan remaja yang lekas percaya, mudah yakin dan bersemangat ingin tahu

Sebelum ini, hampir setiap hari berita mengenai penipuan Internet dipaparkan. Tanpa menggunakan modal dan hanya berkenalan menerusi Internet, penjenayah didalangi orang tempatan dan warga asing mampu mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit melalui penipuan menggunakan perkhidmatan menjual barangan di laman web jual beli tempatan dan laman sosial.

Ramai terpedaya membeli barang melalui laman web berkenaan kerana tertarik dengan harga murah yang ditawarkan dan tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai untuk membeli barang berkenaan. Mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas mendapati barang sampai ke rumah tidak berkualiti, barang dipesan tidak sampai walaupun selepas membuat pembayaran, menerima barang lain daripada dipesan misalnya pesan telefon bimbit tapi dapat lesung batu dan barang dibeli rupanya barangan curi.

Itu kisah perdagangan dan urusan jual beli di Internet yang menjadi fokus utama golongan penipu untuk memperdaya anak remaja kita. Berbeza kes penipuan cinta pula, kebanyakan mangsa terdiri daripada anak tempatan yang semuanya cepat ‘cair’ dengan kata-kata romantis lelaki tidak dikenali.


Lelaki atau penjenayah yang mengikut kes dilaporkan semuanya berasal dari negara Afrika ini bijak bermain kata cinta dan membuat dokumen sokongan pihak berkuasa palsu bagi meyakinkan mangsa. Selepas memancing selama seminggu, mereka akan keluar ‘dating’ dengan menjanjikan kemewahan kepada mangsa.


Biasanya makan di tempat mewah, memberikan hadiah dan melayan seperti puteri. Faktanya, mangsa kebiasaannya adalah wanita atau gadis yang tidak cantik dan kurang menjadi perhatian kerana itulah sasaran paling mudah untuk penjenayah ini perdaya.

Kerana seringkali tidak dipandang, gadis malang ini cepat terpesona dengan kata pujian penjenayah dan percaya sepenuhnya kononnya itulah cinta sebenar. Hinggalah ‘dating’ kali ketiga, lelaki yang sudah dianggap kekasih ini memulakan langkah dengan mengakui berdepan masalah.

Mereka akan merayu untuk meminjam sejumlah wang dan berjanji membayarnya semula. Kerana percaya dan cinta, gadis ini sanggup mengeluarkan wang simpanan masing-masing bagi membantu teman kekasih mereka. Kali keempat mereka memujuk untuk meniduri gadis malang ini dan ketika ini mereka melakukan jenayah paling besar bagi menjadi bahan ugutan dengan merakamkan aksi seks ataupun setidak-tidaknya gambar bogel mangsa.

Inilah senjata utama golongan lelaki ini bagi mengugut gadis malang itu untuk terus memberikannya duit hingga mereka akhirnya rugi puluhan ribu. Habis maruah tergadai, duit dalam bank licin, mereka pula dibuang seperti sampah.

Menangis atau mengadu pada kawan tidak menyelesaikan apa-apa. Justeru gadis ini akan melaporkan kes ini kepada pihak polis. Tapi masalahnya, apa bukti untuk semua mangsa gunakan kerana pemberian duit yang dibuat dan penyerahan maruah diri itu dilakukan dengan suka rela atas dasar cinta.

Inilah senario yang acap kali berlaku dan membuatkan semua mangsa menjadi fobia dan tertekan.

Kalau golongan kanak-kanak dan remaja mungkin banyak terbabit dalam kes membabitkan pornografi, namun masalahnya mereka yang menjadi mangsa penipuan wang dan maruah ini pula adalah mereka yang sudah dewasa dan matang.

Justeru penyelesaiannya sedikit berbeza. Sebaik-baiknya janganlah kita cepat terpedaya dengan mereka yang tidak dikenali di laman sosial. Paling penting, jangan sesekali mudah untuk mendedahkan alamat rumah, beri butir akaun termasuk sebarang maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang tidak dikenali.

Laman sosial bukanlah ruang terbaik untuk kita terus mempercayai seseorang itu terutama mereka yang bukan warganegara Malaysia. Itu lebih menakutkan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI