bior betul warga emas umur 103 tahun nak cabar berlumba lari dengan usain bolt...!!



GAMBAR menunjukkan seorang warga emas dari Jepun, Hidekichi Mayazaki, 103, sewaktu menyertai acara larian 100m dalam pertandingan Japan Masters Athletics di Kyoto, Jepun baru-baru ini.

KYOTO - Seorang warga emas berusia 103 tahun yang juga pemegang rekod dunia pelari pecut 100 meter (m) bagi individu berusia lebih 100 telah mencabar pelari pecut dunia, Usain Bolt dalam acara itu, lapor portal Daily News kelmarin.

Warga emas itu, Hidekichi Miyazaki yang juga pemegang rekod dunia acara pecut 100m dengan catatan 29.83 saat telah diberikan gelaran 'Golden Bolt' dan merancang sehingga lima tahun lagi untuk berlumba dengan jaguh dunia itu.

"Saya begitu teruja untuk berlumba dengan Bolt," kata Mayazaki kepada agensi berita AFP sewaktu ditemui pada pertandingan Japan Masters Athletics di Kyoto, Jepun.

Mayazaki dilahirkan pada tahun 1910 semasa zaman penguasaan Jepun ke atas Korea telah berkongsi tip kesihatan kepada Bolt yang memegang rekod pelari terpantas dunia dengan catatan masa 9.58 saat.

"Saya akan mengunyah makanan sebanyak 30 kali dan memakan jem jeruk limau buatan anak saya setiap hari," kata Mayazaki yang hanya memiliki berat badan 41 kilogram (kg) dengan ketinggian 152 sentimeter (sm)




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI