harapan tinggal impian



"hai cik adik menung pe tu?' tersentap lamunan seorang gadis yang sedang duduk termenung di tepi tasik sebuah taman yang sering di kunjunginya untuk menenangkan perasaannya yang sering kusut sejak akhir-akhir ini. "eh, Rizz ape ko buat kat sini? macam mana kau tahu aku kat sini?".

Soalan yang bertalu- talu dari gadis yg bertubuh kecil ini benar-benar membuatkan rizz teman baiknya terpinga-pinga. " apa kena dengan kau ni, kan ke kita datang sini sama-sama." "aku baru je tinggalkan kau nak beli air ni, kau dah mengigau! apa yang kau tengah pikir ni?" dengan nada yang agak keras, benar-benar menbuatkan Ria tersentap, kerna dia tak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya kini.

Hanya kekusutan sejak kejadian yang benar-benar tidak terlintas di fikirannya, seorang kekasih yang benar-benar dia cintai mengkhianati cintanya. "isshh...nape ni panggilan tak berjawab?" mesej pulak tak balas-balas!!! ape yang dia buat kat rumah ni, kata tak kerja hari ini, lagi janji nak keluar" rungut Ria yang sudah sejak tadi menunggu panggilan dari Shamil kekasih hati yang benar- benar di percayainya walau bermacam-macam cerita yang di dengar mengenai sikap ketidakjujurannya terhadap Ria, namun Ria cuma mampu pekakkan telinga walaupun dalam hatinya ada syak wasangka itu.

Semua kerana kata-kata yang keluar dari bibir Shamil benar-benar membuatkan ria masih mempercayainya." hmm... baik aku pergi je rumah dia senang, tah-tah tengah tidur!" terlintas di fikirannya, lantas bergegas untuk ke rumah Shamil, walau sebelum ni tidak pernah sekali Ria menjejakkan kaki ke rumah Shamil, walau dia tahu di mana tempat tinggal Shamil. Sampai di apartment Shamil lantas dia mengetuk pintu dan memberi salam namun tak berjawab, tapi kelihatan berselerakan kasut dan selipar-selipar yang mungkin dikenali, kawan-kawan serumah Shamil. Biasa la lelaki bujang kalau tinggal serumah memang macam ni.

Ria masih di muka pintu menantikan sesiapa membukakan pintu untuknya, tapi tak terlintas pula Ria untuk membuka pintu rupanya tak berkunci. "Hei, apa la diaorang ni pintu pun tak berkunci!" rungut Ria,dan terus gadis ini masuk sambil di tinjau-tinjau kalau-kalau Shamil ada di ruang tamu. "eh, takde siapa pun kat rumah ni senyap je, pelik pintu tak kunci mesti abang ada kat dalam bilik ni" kata Ria sambil berlalu menuju ke satu-satu bilik , yang sebenarnya Ria sendiri tak pasti yang mana satu bilik Shamil. satu bilik ke satu bilik, pintu cuba di bukanya namun berkunci. "hah... tu mesti bilik abang". kata Ria perlahan kononnya ingin membuatkan Shamil terkejut.

Namun belum sempat dia membuka tompol pintu, kedengaran suara seperti perempuan mengerang. Tersentap langkah Ria untuk terus membuka pintu secara mengejut. Perlahan-lahan dia menolak pintu tersebut, dengan hati yang sangat berdebar,sedikit terbuka. Dan... apa yang dia lihat. Ya tu memang abang! abang kekasih hati yang benar-benar dia cintai dan dia percayai sepenuhnya. Depan matanya...dengan rakusnya Shamil meratah tubuh seorang gadis yang sangat di kenalinya, yang keduanya di atas katil tanpa seurat benang pun. Ria... hanya terpaku dan hampir pengsan dengan apa yang dilihatnya... nak menjerit? jauh sekali terpaku di situ bagai tak bernyawa. Tanpa sebarang tindakan!! Lantas dengan pantas kelihatan Shamil memanjat ke atas gadis itu dan....

"TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK..............." jeritan Ria benar-benar membuatkan Shamil terkejut dan bagai hilang arah memyebabkan dia jatuh dari katil.Gadis yang bersama Shamil? dengan pantas diterkam Ria tanpa belas kasihan Ria menampar,menumbuk muka dan perut sambil menarik rambut perempuan yang tak bermaruah ni, tanpa dia dapat bertindak apa-apa walaupun untuk menutup tubuhnya yang...

Dengan jeritan Ria yang mengila, membuat Shamil bertindak menariknya dari terus membelasah perempuan itu, namun apa yang dia dapat. Penumbuk sulung dari gadis yang zahirnya bersikap lemah lembut, lagi ditambah dengan tindakan pantas Ria menendang perut Shamil. Membuatkan Shamil terjelepuk kesakitan.

Rupaya pergelutan itu sedang di saksikan dua rakan serumah Shamil yang hanya tercengang melihat keadaan yang agak huru hara, namun tiada seorang di antara mereka yang cuba untuk meleraikan, bagi mereka memang patut Ria bertindak begitu.

Sememang sudah lama hubungan sulit mereka sudah di ketahui, Cuma Ria sahaja yang tak boleh terima kenyataan itu selagi tidak nampak dengan mata kepalanya sendiri. Hari ini memang Ria dah hilang arah, mengila macam di sampuk syaitan kerana terlalu Marah, kecewa. Mana tidaknya kawan rapatnya sendiri mengkhianati dari belakang.

Patutlah selama ini asyik nak ambil tahu pasal Shamil, tapi Ria langsung tak mengesyaki apa-apa. "hoi!!! Dah la tu mengelamun." Teriak Rizz sambil mencuit pinggang Ria yang masih termenung, sambil menghulurkan air tin yang baru di belinya tadi. "eh, mana ada aku termenung, berfikir je" walaupun agak lesu nadanya namun senyuman masih terukir di bibirnya bila di usik Rizz. "macam mana dah fikir dah nak join kitaorg pergi bercuti?" Tanya Rizz ingin kepastian.

Semua ini rancangan Rizz dengan rakan-rakan serumahnya disamping itu dia berusaha juga untuk memujuk gadis ini untuk teruskan aktivitinya seperti biasa bagi melupakan segala masalah dan kekecewaan dalam hidupnya sebelum ini. Rizz memang sejak dari dulu selalu mengambil berat tentang Ria kerana dia memang sayangkan Ria, namun perasaan itu di pendamnya kerana Shamil pilihan hati gadis ini.

Namun sikap ketidakjujuran shamil benar-benar membuatkan Rizz kecewa. Sudah berjuta kali Rizz cuba menasihati Shamil, kerana dia tahu Ria sangat menyintai Shamil.

Namun Shamil tidak mengendahkan, malah disuruhnya Rizz berbohong sekiranya di tanya Ria. Malah kata Shamil dia ingin kedua-duanya. "pandai la aku adjust dua-dua sekali" kata Shamil dengan bongkak kononnya Ria tidak akan mengetahui hubungan sulitnya dengan maria kawan baik Ria sendiri, Kerana Shamil tahu setiap pergerakan Ria adalah terbatas, setiap kali dia ingin keluar ke mana-mana Shamil la yang akan hantar dan menjemputnya pergi dan balik.

Cuma kalau nak ke kolej, Ria akan berjalan kaki kerana rumah yang di sewanya berdekatan dengan kolejnya. Tapi kini semuanya telah berubah, pelajaran Ria di kolej tidak dilanjutkan lagi akibat di buang dari kolej kerana dua minggu berturut-turut tidak hadir ke kelas tanpa sebarang alasan.

Selama dua minggu itu lah Ria menghabiskan masanya dengan menangis, merintih nasib cintanya yang di khianati, di tambah lagi dengan sikap kawan baiknya yang tinggal serumah dengannya Maria juga mengkhianatinya, walaupun sebenarnya dia tahu yang Ria terlalu menyintai Shamil. Maria juga tahu yang

Ria amat bergantung harap padanya selain Shamil kerana dia tiada sesiapa di dunia ini. Hanya kawan rapat yang dari kecil di kenalinya, umpama seperti adik-beradik, namun ini yang di perolehi oleh gadis malang ini, Ria yang meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Maria. "maafkan aku Ria, aku cintakan dia, kami sama-sama saling menyintai.

Aku tak boleh tipu perasaan aku sendiri, maafkan aku" berkali-kali Maria memohon maaf sambil menangis memegang pipi yang sakit akibat di tumbuk dan di tampar Ria. "maafkan abang sayang, abang…" Shamil tak dapat meneruskan kata-katanya kerana berasa terlalu bersalah.

Ria hanya merenung tajam kearah mereka, sambil membiarkan air matanya meluncur laju, dengan wajah yang berdendam, hanya satu sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Ria. "jangan fikir kau akan bahagia kalau bersama". "aku benci kau!!!!!, aku tak akan maafkan kau!!!!!!!" sambil menunding jari pada Maria. "heh!... macamner nak pergi tak? Sapa Rizz lagi, bila tiada jawapan dari Ria sejak dari tadi."ok. no problem" sambil tersenyum manja Ria pada Rizz.

Ria tak akan hampakan perasaan lelaki yang banyak membantu dirinya, dia percaya yang Rizz benar-benar ambil berat tentang dirinya. Masa yang di nantikan sudah tiba, selain Ria, Rizz, Izat, Lan, dan Joe turut serta bercuti. Kali ini mereka menyertai satu rombongan dari syarikat perniagaan di mana Izat dan Joe berkhidmat.

Penginapan di buat di hotel terkemuka di sebuah pulau yang sangat terkenal di Malaysia ini. Semua pekerja di beri peluang untuk membawa rakan-rakan atau keluarga untuk memeriahkan lagi rombongan, kerana yang menyertai hanya satu cawangan sahaja di bahagian pentadbiran. Segala perbelanjaan semua di tanggung oleh syarikat. Izat dan Joe sengaja mengajak teman serumah yang lain, selain dapat menghibur dan mengisi kekosongan hidup Ria.

Kini Ria tinggal serumah dengan mereka setelah Shamil sendiri telah keluar dari rumah kerana malu dengan perbuatannya, dan Ria pula terpaksa tinggal serumah dengan mereka kerana tidak mampu membayar duit sewa rumah yang di bayar menggunakan duit biasiswa yang telah di tarik balik, akibat penyingkirannya dari kolej.

Hampir dua bulan hidup Ria bagai merempat, hingga Rizz dan yang lain-lain sendiri mengajaknya tinggal di rumah mereka. Mereka bagaikan keluarga baru Ria, kerana baginya mereka bagaikan abang-abang yang melindunginya. "wah, cantik siut tempat ni, peh mesti ramai awek ni" seloroh Lan salah seorang dari mereka yang suka bergurau dan meriuhkan suasana sebaik sampai ke tempat yang di tuju. ."ala, kau ni tak habis-habis awek tapi sorang pun tak lekat..hahaha" kata joe sambil menolak bahu Lan bergurau di sambut pulak gelak tawa yang lain. "Ria haloo Ria…" sapa Lan sambil tangannya melambai-lambai di depan muka Ria yang sedang mengelamun. "hah ye…" sahut Ria terpinga-pinga. "awat asik dok mengelamun ni?

Tak seronok ke bercuti dengan kitaorang semua ni?" "bukan macam tu Ria rasa macam tak sedap hati je" jawab Ria dengan nada yang lemah. "nape pulak tak sedap hati, takde pe berlaku la kita semua kan de?" sahut Rizz lembut. "tak bukan macam tu maksud Ria, ermmm… takde pe la"sambung Ria yang merasakan ada sesuatu yang akan berlaku.

Ternyata sesuatu yang dirasainya memang berlaku, manusia yang tidak ingin sekali di jumpai di dunia ini berada tepat di depan matanya. Sekumpulan lebih kurang lima orang lelaki yang berjalan bertentangan kearah mereka,salah seorangnya…Shamil! " Shamil!"sepontan keluar dari mulut Lan dengan reaksi terkejut, membuatkan sekumpulan lelaki tadi terhenti langkah, tatkala Shamil berpaling, bagai terpaku apa yang di lihat.nya.


Kawan-kawan lamanya di samping gadis yang pernah di cintainya Ria. " Ria…" lembut panggilan itu. "namun Ria sedikit pun tidak memalingkan muka untuk memandang tepat kearah lelaki yang pernah melukai hatinya, walaupun dia agak tersentap pabila namanya di panggil. " segak kau sekarang, sapa kawan-kawan yang lain kecuali Rizz yang hanya menumpukan matanya pada Ria.

Dia tau gadis itu terkejut berserta dengan wajah yang serba salah., benci yang bercampur baur. Namun walau di sapa rakan-rakannya sambil bersalaman,mata Shamil tepat memandang terus pada Ria kerana dia tidak mau telepas pandang dari wajah yanga benar-benar di rinduinya itu.

Semakin ayu, tenang apabila menatap wajahnya yang bagai pengubat rindunya pada gadis itu. "wei…kau buat ape kat sini, kecil tul la dunia kat sini kita jumpa" sapa Lan, sambil tersenyum bertepuk bahu sesama mereka. "aku kerja kat sini" jawab Shamil, namun masih tumpuan matanya pada Ria. "wah jadi bos ke?" sambung izat pula. "tak la, biasa-biasa saja."jawab Shamil merendah diri, dia benar-benar sudah berubah.

Penjawatannya sebagai penyelia di hotel tersebut sengaja di rahsiakan, apa yang bermain di fikirannya sekarang, hanya Ria. Tak tahu bagaimana dia ingin memulakan biacara dengan Ria, "sudikah dia bersemuka dan bercakap dengan ku" kata hati Shamil. " Ria, "terhenti langkah Ria seraya dia ingin beredar dari situ. " apa khabar?"sapa Shamil pada Ria yang cuba untuk mengelakkan diri.


Tanpa menoleh dan berkata apa-apa, Ria terus berlari meninggalkan semua mereka di situ. "tak mungkin…." Hanya itu kata-kata yang mampu keluar dari bibir gadis yang sedang meratap sayu memikirkan perasaan dia yang sebenar. Ternyata dia masih tidak dapat melupakan Shamil.

Walaupun dia memang benci dengan lelaki yang bernama Syamil, namun hatinya tetap berbunga dengan panggilan sayu dari lelaki itu. Semalaman Ria tidak keluar dari bilik hotel , mahupun untuk keluar makan walaupun puas diketuk pintu biliknya oleh Rizz, dia enggan keluar.. "macammana ni, aku risau pulak satu hari ni dia langsung tak makan.: kata rizz risau. "ala, kalau dia lapar pandai la dia turun nanti." Jawab Izat "aku rasa dia terkerjut kut jumpa si Shamil tu" sampuk Joe pulak, sambil menyuap nasi ke mulutnya. " hai geng".

Tersentap semua dengan sapaan Shamil yang datang entah dari arah mana.. " mana sorang lagi?" terpinga-pinga yang lain dengan pertanyaan Shamil. "sapa" Tanya joe sambil mengunyah makanan. " ala buah hati Rizz". Bagai nak gugur jantung Rizz memdengar kata-kata Shamil.

Dengan lantang Rizz bersuara " pasal kau nak tanya dia pulak." "ow oh oh oh…. Bunyi macam nak gaduh ni, relax la geng kita kan dah lama tak jumpa jangan la macam ni" pantas Lan menyampuk bila mendengar nada Rizz yang agak keras sambil berseloroh mengangkat kedua tangannya.

Shamil lantas berpaling ke tempat lain." Kau nak tau sangat pasal dia kan , ni aku nak bagi tau, sejak terkantoi tu hari, dia dua minggu tak datang kolej, lagi kena buang , duduk merempat dua bulan aku cari dia hilang entah ke mana, kau tau mana dia kerja, tinggal kat mana???!!!!" kata Rizz dengan nada marah.

Sambil menunding tepat ke wajah Shamil. "hah kat sarang GRO kau tau" sampuk Joe dan Lan serentak. " bagai nak gugur jantung Shamil mendengarnya, tak sangka dengan apa yang berlaku, menyebabkan Ria sesusah dan menderita begini , memang selama ini Ria banyak bergantung hidup padanya, mengharap dirinya di jaga Shamil setelah dia kehilangan kedua ibu bapanya serentak akibat kemalangan.bagaimana dia melihat penderitaan gadis itu yang kehilangan orang yang tersayang, hanya dengan kekuatan dan semangat yang diberikan Shamil,

Ria menjadi tabah. Tak dapat dia bayangkan berapa deritanya Ria menanggung semua perbuatannya pada gadis malang itu. YA ALLAH… ampunkan dosaku….

Aku telah menganiaya gadis yang benar-benar menyintai aku, tak seperti Maria yang cintanya hanya di bibir sahaja, rupanya duit aku yang dia mahu.. dengan wajah yang pilu , sambil menekup mukanya kerana begitu kesal. "aku dah dapat balasan!" tiba-tiba Shamil bersuara setelah hampir 10 minit menyepi. "Maria dah tipu banyak duit aku, lepas dah terkantoi dia main dengan lelaki lain dalam rumah yang aku beli untuk dia, terus dia menghilangkan diri entah ke mana" luah Shamil sambil melepaskan keluhan kesal." tolong la bagi aku peluang untuk bercakap dengan dia, aku nak minta maaf nak minta ampun dekat dia."rayu Shamil sayup. "eh nape tanya kitaorang pula, cari la tuan badannya sendiri" jawab Lan. "aha.. dari tadi tak nak turun tak nak makan langsung" sampuk Izat . " siapa kata aku tak nak makan, aku lapar ni, korang ni makan tak ajak, lagi nak mengumpat aku."

Hampir nak tersembur makanan yang baru di suap masuk ke mulut Izat bila secara tiba-tiba Ria di belakangnya bersuara.. dengan wajah selamba Ria, seperti Shamil tidak wujud di situ, dia cuba gagahkan diri untuk bersikap biasa, sambil duduk di sebelah Rizz sambil merangkul lengan Rizz, bertanya."jom Rizz temankan aku pergi kat tepi pantai sana, dah lama la tak pergi ke pantai.""jom " jawab Rizz pantas.

Seiring mereka berjalan meninggalkan meja makan sambil Ria memeluk lengan Rizz manja. Shamil hanya memandang dengan perasaan yang cemburu. Malam yang cukup tenang ditambah dengan bunyi ombak yang menyisir ke pantai,

Seorang gadis berwajah tenang sedang menikmati keindahan pancaran cahaya bulan dan bintang di langit. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya sekarang, marah dan benci setelah menemui Shamil, atau dia sudah mula memaafkannya setelah mendengar segala penyesalannya?, atau berbunga hatinya tatkala terbayang sewaktu Rizz membelai lembut rambutnya sewaktu mereka berdua-duaan. Entah mengapa dirasakan Rizz benar-benar dekat dengannya kini.

Terasa benar kasih yang dilahirkan terserlah di wajahnya walau dia tidak pernah meluahkan sebarang perasaannya pada si gadis ini. Sedang dia melayan perasaan, tersentap lamunannya tatkala terasa tangannya disentuh seseorang. "apa ni" dengan nada yang agak keras tatkala melihat Shamil di hadapannya sambil menarik pantas tangannya. " abang nak minta maaf sayang, abang mahukan semula cinta dari Ria" dengan nada sayu, sambil menarik semula tangan Ria agar tidak berlalu pergi meninggalkan dirinya. "tolong lepaskan kan tangan aku ni, kau takde hak nak sentuh aku, lepas!!!" dengan nada keras Ria menyentap tangannya dengan kasar namun Shamil tidak sekali melepaskan tangan Ria walaupun Ria cuba untuk meronta, dengan pantas Shamil menarik tubuh Ria kepangkuannya.

Meronta-ronta Ria cuba untuk melepaskan diri dari pelukan erat Shamil sambil menjerit. "lepaskan la ….lepas…!!!!" Tiba-tiba terasa tubuhnya melayang dek tumbukan kuat dari Rizz ke muka nya. "apa kau buat ni! kau dah gila!!!!" teriak Rizz dengan nada marah. Sambil diperhatikan Izat, Lan, Joe yang bergegas lari setelah mendengar suara Ria menjerit. "apa yang kau cuba buat ni Shah!" sampuk joe dengan nada keras. "pergi!pergi!semua pergi!!!!!!!" tiba-tiba Ria menjerit bagai hilang arah, lantas Rizz cuba menenangkan dirinya."jangan sentuh aku Rizz " pantas Ria bersuara tatkala Rizz datang menuju ke arahnya.

"cukup! Sampai bila kau nak lindungi aku? Sampai bila?!!! Hah jawab la? dan kenapa kau sibuk–sibuk nak lindungi aku? Aku ni siapa dengan kau?!!!

Mendengar kata-kata Ria begitu, lantas Lan, Joe dan Izat berlalu meninggalkan mereka bertiga berdrama di tepi pantai itu, kerana mereka tahu itu bukan urusan mereka lagi. "Kenapa….Rizz kenapa????"sambil menangis teresak-esak Ria terjelepuk di pasiran pantai. "kenapa kau berikan aku harapan tapi kau tak jadikan impian yang sebenar? nape Rizz?" semakin kuat tangisan Ria.

Shamil hanya mampu memandang, namun wajah tetap kesal. Dia tahu dia takkan dapatkan semula cinta Ria seperti dulu. Rizz hanya berdiri tegak memandang sayu wajah gadis yang di cintai menangis teresak-esak di hadapannya. Dia tak mahu Ria menangis lagi, dia tak sanggup melihat penderitaan gadis ini lagi. " kenapa kau hanya berdiam diri Rizz, kenapa susah sangat ke kau nak luahkan itu semua….?". kau sanggup ke tengok aku diperbodohkan oleh lelaki ini lagi?" sambil tepat Ria menunding jari ke arah Shamil.

Memang sejak kehadiran Shamil dalam hidupnya baru-baru ini, Rizz ada meluahkan rasa kasihan dia terhadap Shamil yang benar-benar berubah dan ingin kembali pada Ria, memang tersentap hati Ria waktu itu tatkala kata-kata itu yang keluar dari mulut Rizz,.

Tidak terlintas langsung di fikirannya yang Rizz akan cuba menyatukan dirinya dgn Shamil. Hari demi hari sementara menghabiskan masa bercuti, Rizz memberi peluang kepada Shamil untuk mendekati Ria walaupun sebenarnya hatinya dah tertutup rapat untukShamil, tapi dengan kata-kata manis dan penyelesalan Shamil bagai membuka semula ruang cintanya untuk Shamil.

Itu yang amat di kesali Ria tatkala hatinya mula berputik sayang pada Rizz, kerana sikapnya yang amat kasih kan Ria walaupun tak pernah di luahkannya. Tapi Ria nampak keikhlasan itu. Perasaan gadis ini berbaur, menerima kembali cinta Shamil , tapi kasihkan Rizz yang banyak membelanya, namun tiada kepastiaan dimana cintanya Rizz?.

Rizz tidak dapat menahan perasaannya lagi,bergenang airmatanya tatkala melihat Ria terus menangis, merintih terhadapnya."Ria….bangun " sayu suara Rizz sambil mengangkat tubuh Ria yang agak terkulai ke pangkuannya, di situ Ria terus menangis teresak-esak .

"aku akan jadikan harapanmu impian Ria, percayalah" sayu kata-kata Rizz  Shamil? Di mana Shamil? Dia berlalu tanpa kata, kerana dia tahu cinta mereka berdua telah bersatu. Lemah langkahnya, namun dia pasrah kerana dia harus sedar dia yang telah menghancurkan cintanya sendiri.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI