bior betul...wanita tawar pakej lawatan berhantu



KEITHLINE (kiri) memberi penerangan mengenai misteri sebuah rumah di bandar Northampton kepada dua pelancong baru-baru ini.

NORTHAMPTON, Britain - Seorang wanita menawarkan perkhidmatan sebagai pemandu pelancong kepada para pelawat yang mahu melawat lokasi-lokasi misteri dan berhantu di bandar berkenaan, lapor portal Mass Live kelmarin.

Wanita tersebut, Annie Keithline menawarkan perkhidmatan itu selepas mendapati bandar Northampton mempunyai banyak kisah-kisah menakutkan dan lokasi misteri.

Graduan dari Universiti Massachusetts itu berkata, dia telah pergi mengembara di beberapa buah bandar di Britain dan setiap bandar yang dilawatinya mempunyai pakej melawat tempat-tempat berhantu serta misteri.

"Apabila pulang ke Northampton saya merancang untuk mewujudkan produk pelancongan yang serupa.

"Walaupun Northampton sebuah bandar yang moden tetapi ia banyak menyimpan cerita-cerita misteri terutama ketika bandar ini mula-mula dibuka dahulu," katanya.

Menurutnya, antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah lawatan ke tempat-tempat misteri dan dia akan menceritakan kisah-kisah seram yang sering diceritakan oleh penduduk tempatan.

Setiap pelawat perlu membayar AS$15 (RM47) untuk lawatan yang bermula pada pukul 7.30 malam dan berlangsung selama 90 minit itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI