11 kapal terbang hilang di libya pihak berkuasa AS tuduh pejuang islam anti AS punya angkara
GAMBAR yang dirakam pada 26 Ogos lalu ini menunjukkan sebuah pesawat milik Syarikat Penerbangan Libya rosak selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli di Libya ditawan kumpulan pemberontak.
TRIPOLI, Libya - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bimbang kehilangan 11 buah pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli yang dirampas oleh kumpulan pemberontak mungkin digunakan untuk tujuan menyerang kepentingan AS sempena ulang tahun ke-13 serangan terhadap AS pada 11 September 2001, lapor MailOnline kelmarin.
Sebanyak 11 buah pesawat milik dua syarikat penerbangan negara itu hilang pada bulan lalu selepas satu kumpulan pemberontak menawan lapangan terbang berkenaan.
Para pegawai AS tidak mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan tetapi dilaporkan sedang berusaha mengesan lokasi ia disimpan.
Satu sumber memberitahu portal Washington Free Beacon, sejak dua minggu lalu kerajaan AS mengeluarkan amaran berhubung keadaan di Libya dan kehilangan pesawat itu yang mungkin digunakan dalam serangan bagi menyambut ulang tahun tragedi 11 September 2001.
"Sejumlah pesawat komersial di Libya dilaporkan hilang dan kita akan mengetahui apa yang terjadi kepada pesawat itu pada 11 September ini," kata sumber tersebut.
Tarikh 11 September bukan sahaja ulang tahun serangan yang di syaki kumpulan pejuang islam , al-Qaeda yang merampas pesawat dan menyerang bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon di Washington tetapi ia juga ulang tahun kedua serangan kumpulan pejuang tersebut terhadap kedutaan AS di Benghazi, Libya.
Serangan tersebut menyebabkan empat warga AS maut termasuk Duta AS, Christopher Stevens.
Kata sumber itu lagi, terdapat bukti perisikan yang dipercayai bahawa satu kumpulan pejuang anti AS dan zionis merancang untuk menggunakan pesawat berkenaan bagi melancarkan serangan di negeri Maghreb pada 11 September nanti.
Terdapat juga kemungkinan kumpulan itu menggunakan pesawat berkenaan sebagai penyamaran di laluan udara yang terbuka kepada pesawat komersial yang lain bagi memindahkan anggota pejuang ke lokasi tertentu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI