memalukan bidang profession perubatan...hai dah dapat elaun kritikal pun masih melakukan kecuaian...!!!

Bayi dimandi jururawat melecur



BAYI lelaki yang baru dilahir melecur didakwa ketika dimandikan di Hospital Manjung kelmarin.

SERI MANJUNG – Kegembiraan pasangan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat di hospital itu.

Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.

Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Anbdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin


susulan  itu...


Jabatan Kesihatan Negeri serah laporan kecuaian jururawat pada KKM

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri telah menghantar laporan awal kepada Kementerian Kesihatan berhubung kecuaian seorang jururawat wanita di Hospital Manjung dekat sini, sehingga mengakibatkan badan seorang bayi baru dilahirkan, melecur.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Rahimi Goon berkata, pihak hospital telah menjalankan siasatan dalaman setelah menerima laporan mengenai kejadian itu, Selasa lepas.

"Kesemua yang terlibat dalam kejadian itu telah dipanggil memberi keterangan dan pihak Jabatan Kesihatan negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian.

"Kita masih menunggu siasatan dalaman serta laporan lengkap kejadian tersebut selesai (sama ada tindakan tatatertib diambil terhadap jururawat),” katanya.

Semalam, di laporkan  bayi lelaki itu dipercayai melecur di badan terkena air panas akibat kecuaian jururawat di hospital itu.

Bayi malang itu yang dilahirkan pada 12.20 tengah malam pada Selasa lepas tercedera ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikannya kira-kira 7 pagi hari yang sama.

Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1 TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, memberitahu, bayinya itu dengan berat 3.31 kilogram bersalin secara normal selepas isterinya, Jamaliah Mohd Diah, 39, dimasukkan ke hospital pada 8 pagi Isnin lepas.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI