ingat nak serbu raja dadah...rupanya tersilap serbu raja maghribi...!!!
MADRID - Sepanyol terpaksa memohon maaf kepada Pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI selepas beberapa anggota polis cuba menyerbu kapal layarnya, lapor akhbar MailOnline semalam.
Insiden memalukan itu berlaku baru-baru ini apabila polis Sepanyol tersilap menyangka baginda seorang penyeludup dadah.
Pada hari kejadian, Raja Mohammed VI sedang menikmati pelayaran selama sehari dekat perairan bandar Ceuta di Sepanyol apabila beberapa bot polis mengejar kapal layarnya.
Pasukan polis itu kemudian menyoal beberapa pengawal baginda yang berada di dalam dua bot pengiring.
Tindakan polis itu mencetuskan kemarahan raja berkenaan.
"Anda tahu saya siapa," soal Raja Mohammed VI kepada polis seperti yang dipetik akhbar Sepanyol, El Mundo.
Apabila seorang anggota polis berkenaan memberitahu mereka tidak mengenalinya, Raja Mohammed VI menanggalkan topi dan cermin mata hitamnya.
Menurut akhbar Telegraph, baginda turut menghubungi Raja Sepanyol, Felipe VI untuk mengadu kejadian tersebut.
Ketua negara Sepanyol itu kemudian menghantar seorang pegawai tinggi untuk menemui Raja Mohammed VI dan memohon maaf.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI