Tak Bersyukur! Anak Hanya Dapat ‘4A’...Apa Raa Punya Worang...Dia Tak Tau Yang Keputusan Macam Nih La Budak Tu Boleh Berjaya Lagi Cemerlang Di Masa Hadapan...!!!

SETIAP ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Namun, dalam sedar atau tidak sedar sikap itu adakalanya memberi kesan negatif khususnya dalam emosi anak-anak.

Sebagai contoh, lihat apa yang dilakukan oleh seorang ibu ini!



Hanya dek anaknya dapat ranking ke-7 dalam kelas, wanita ini sanggup meluahkan rasa kecewanya di khalayak umum menerusi laman Facebook terhadap anaknya kerana merasakan pelajaran anaknya semakin merosot.

Walhal, anaknya yang masih bersekolah rendah itu boleh dikatakan mendapat keputusan yang agak memberansangkan iaitu ‘4A’ dalam beberapa subjek.

Lebih menjengkelkan, wanita itu bukan sahaja tidak mensyukuri keputusan peperiksaan yang diterima anaknya, malah sanggup ungkit penat lelahnya dalam menjaga dan mendidik anaknya sehinggakan sanggup berhenti kerja.



Tambah wanita itu, dia juga berasa sedih kerana tidak dapat melihat anaknya naik ke pentas untuk menerima anugerah pelajar cemerlang pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Alahai, membaca status-status yang ditulis ini sedikit sebanyak timbul perasaan kesal terhadap wanita tersebut.

Mana tidaknya, langsung tidak menghargai usaha gigih anak sendiri untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Boleh gila dan serba-serbi tidak kena anak jadinya bila ada ibu bersikap seumpama ini.

Oleh itu, kita berpesan kepada semua ibu bapa yang lain, bertolak-ansurlah dalam mengajar dan mendidik anak-anak.

Tidak perlu bawa kelemahan anak sehingga ke media sosial sehingga satu dunia boleh lihat. Bawa berbincang dari jati ke hati pun sudah cukup .





##




anak jiran saya  pada UPSR yang beberapa tahun yang lepas dapat keputusan beginilah..tapi sekarang anak dia di mana...dah pergi UK...dapat keputusan cemerlang di peringkat kelayakan universiti tempatan..

hah...kena bersyukur banyak banyak...dah kira bagus lah keputusan tu..jangan nak mengomel...sepatutunya puji dan beri galakan budak tu terus gigih belajar..bukan melemahkan semangatnya.kan masa masa panjang lagi.mana tau keputusan SPM lebih cemerlang lagi macam anak jiran saya yang dah pergi UK tu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI