pasangan toyol di masjid




GAMBAR pasangan kekasih pencuri yang dirakam CCTV di Masjid Assyakirin, Pasir Puteh, Bachang, Melaka.


Melaka: Sepasang kekasih tergamak mencuri tabung Masjid Asyakirin, Bachang, di sini, dalam kejadian Khamis lalu, tetapi hasrat mereka terbantut apabila gagal membuka peti besi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, gelagat pasangan itu yang berpura-pura untuk bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di masjid berkenaan sebelum kes itu menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak kelmarin.

Pengerusi Masjid Asyakirin Mohamad Ismail, 76, berkata, pihaknya menyedari tabung kutipan derma masjid itu cuba dipecahkan pasangan berusia lingkungan 20-an selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.

“Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya.

“Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI