cendawan Lingzhi seberat 70kg di temui




CENDAWAN Lingzhi gergasi yang dijumpai seorang pembalak di Vietnam. -


 Hanoi: Seorang pembalak menemui cendawan Lingzhi gergasi seberat hampir 70 kilogram dipercayai berusia 1,000 tahun.

Cendawan itu dijumpai di sebuah kawasan hutan di daerah Tuong Duong di wilayah Nghe An, utara Vietnam bersempadan dengan Laos.

Pembalak itu memberitahu, kerana terlalu besar, cendawan itu terpaksa dikerat dua dan diangkat empat lelaki dewasa.

Bahagian kecil cendawan itu dijual kepada seorang penduduk tempatan dengan harga £875 (RM5,692).

Katanya, dia juga menerima tawaran untuk membeli bahagian cendawan yang lebih besar itu pada harga £2,330 (RM15,158). Bagaimanapun, lelaki itu masih belum memutuskan mahu menjual cendawan berharga itu atau tidak.

Cendawan Lingzhi dianggap sebagai cendawan ajaib kerana dipercayai sangat berkhasiat dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.

Tumbuhan itu sudah digunakan untuk tujuan perubatan di China dan beberapa negara di Asia sejak lebih 2,000 tahun lalu. Lingzhi juga dipercayai cendawan paling tua di dunia yang digunakan dalam perubatan - See more at:

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI