padah tunjok lagak...RM 2.3 hangus




INILAH yang dinamakan berlagak tak kena tempat.

Baru-baru ini di Dubai, sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai lebih USD400,000 (RM2.3 juta) terbakar ketika cuba menunjuk-nunjuk di perhentian lampu isyarat.

Menerusi video, kebakaran tersebut berpunca setelah api yang keluar menerusi ekzos menyambar pada bahagian belakang kereta.

Di awal kejadian kedengaran pemandu-pemandu lain cuba memberitahu kepada pemandu kereta ‘tidak mampu milik’ tersebut namun tidak diendahkan si pemandu yang malah terus menekan pedal minyak.

Keadaan itu berterusan sehingga lampu isyarat hijau dan Lamborghini bewarna kuning tersebut meneruskan perjalanan.

Seperti sedia maklum, struktur gentian karbon yang digunakan pada kereta terbabit menyebabkan api lebih mudah membara berbanding logam yang digunakan pada kereta biasa.

Akibatnya api mulai marak membakar kereta itu yang terpaksa diberhentikan di tengah jalan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI