di ejek miskin gadis bunuh diri




CHESHIRE – BRITAIN. Gara-gara sering diejek kerana miskin oleh rakannya, seorang remaja perempuan nekad membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Ashleigh Bowes, 14, yang menderita anorexia dan tekanan perasaan mendakwa rakan sekolahnya sering mengejeknya kerana ibunya hanya mengambilnya di sekolah dengan motosikal.

Ashleigh dijumpai mati di kediaman keluarganya di Macclesfield, Cheshire semasa cuti musim panas pada 30 Ogos tahun lalu kerana terlebih dos.

Hasil siasatan, Ashleigh turut mengambil video selfie di telefon bimbitnya satu jam sebelum kematiannya malah dia turut membuat carian di internet mengenai akibat pengambilan dos ubat berlebihan.

Siasatan mendedahkan dia turut bertengkar dengan beberapa gadis lain lapan hari sebelum kematiannya.

Malah dalam tulisan diari peribadi milik gadis itu, Ashleigh menyatakan kekecewaan kerana sering diejek kerana miskin.

“Kami miskin, Kami tidak boleh membeli barangan berjenama seperti kamu. Bersyukurlah kerana bernasib baik.

“Ia bukan bahan lawak kerana mengambil ubat untuk anorexia. Setiap kali kamu mengejek, ia menyakitkan. Jaga-jaga dengan pertuturan kamu,” tulisnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI