pening kepala 40 tahun sebab jarum terlekat di otak



GAMBAR X-ray menunjukkan jarum (dalam bulatan) melekat pada otak Liu.

Beijing: Punca seorang wanita berusia 46 tahun pening kepala sejak kecil lagi terbongkar baru-baru ini apabila doktor mendapati sebatang jarum melekat pada otaknya.

Wanita berkenaan, Liu yang berasal dari wilayah Anhui berkata, dia sentiasa sakit kepala sejak kecil.

Keadaan itu menyebabkan dia sering berulang alik ke klinik dan hospital tetapi tidak pernah pulih walaupun memakan pelbagai ubat.

Ujian imbasan CT yang dilakukan ke atasnya baru-baru ini menunjukkan jarum sepanjang 4.6 sentimeter melekat di dalam otaknya.

Liu terkejut apabila diberitahu mengenainya dan tidak tahu bagaimana jarum itu berada di situ.

Doktor mengesyaki jarum itu mungkin termasuk ke kepalanya ketika dia masih bayi.

Anak perempun Liu yang berada di hospital memberitahu wartawan: “Doktor berkata, jarum itu mungkin termasuk ke dalam kepala ibu saya ketika dia berusia 18 bulan.

“Memandangkan otaknya belum membesar sepenuhnya ketika itu, jarum berkenaan tidak menjejaskan pembesaran ibu saya.”

Doktor mencadangkan Liu menjalani pembedahan membuang jarum itu kerana bimbang ia mungkin menyebabkan dia sakit teruk pada masa akan datang

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI