pembunuhan Altantuya terlalu ‘aneh’ untuk di lupakan begitu sahaja dan najib bakal menghadapi kontroversi ini semula jika tidak naik ke mahkamah membersihkan imei dan bukan sekadar cakap kosong di depan media arus perdana pengampu.. ....!!!






kalau pembunuhan biasa..apa motifnya...kenapa 2 polis tu di jadikan kambing hitam...dan ada cobaan menukar fakta yang altantuya mati dan di letupkan bukan dengan bahan peletup C4...!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan kontroversi sedekad lamanya apabila satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu menggali semula semua kaitan dengan mangsa pembunuhan itu dan lelaki lain yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.Masa itu najib adalah menteri yang menjaga  tentera ( menteri pertahanan )

Siasatan  itu juga  mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku.

Siasatan kemudiannya mendedahkan bekas penterjemah itu terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Najib, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.

Dokumentari Al-Jazeera menimbulkan persoalan sama ada dua lelaki disabitkan bersalah atas pembunuhannya – Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri – merupakan “kambing hitam” untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul - menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian  bukti nyata  daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut yang disiarkan pada awal pagi Jumaat.

"Saya mulanya berminat dengan berita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia," kata Jolley.

"Bagi saya, kelihatan begitu aneh apabila seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat melarikan diri dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang menghadapi hukuman mati," katanya.

"Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwa, mengapa dia tidak ditahan polis ataupun sekurang-kurangnya dibatalkan pasportnya?

"Kemudian, tentunya, kerana tiada motif yang diperkenalkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam' yang dikorbankan untuk melindungi orang lain.

"Ini membuatkan saya mahu menyiasat dengan lebih dalam lagi," katanya.

Jolley dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa di bawah apa-apa jenayah dan tidak diberikan alasan bagi penghantaran pulangnya.

"Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'", katanya.

"Saya pernah melaporkan berita-berita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini."


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI