PATI sanggup tempah maut...sembunyi celah enjin untuk menyeludup ke eropah



MADRID – Seorang lelaki menyangka dapat menyelinap masuk ke Eropah dengan meringkuk dalam enjin kereta yang memasuki Ceuta di Sepanyol dari Maghribi.

Lelaki warga Guinea itu bernasib baik kerana masih panjang umur walaupun ‘disumbatkan’ antara blok enjin dan radiator sebuah kereta sebelum ditemui polis sempadan yang mengesyaki sesuatu tidak kena selepas melihat pemandu kenderaan itu resah.

Lelaki terbabit dibawa ke hospital dan dirawat kerana mengalami kesan sampingan akibat kepanasan melampau serta menghidu asap petrol. Menurut doktor, lelaki itu mungkin maut jika dibiarkan lebih lama di situ.

Seorang lagi migran, juga dari Guinea ditemui dalam ruang kecil di belakang tempat duduk kereta berkenaan. Dia juga dihantar ke hospital untuk dirawat kerana kejang otot dan nyah hidrat.

Kesanggupan mereka itu menunjukkan betapa migran sanggup mengambil pelbagai risiko semata-mata mahu memulakan kehidupan baru di Eropah.

Awal bulan ini, seorang migran mati selepas menyorok dalam bagasi selama kira-kira lima jam di atas kapal yang belayar ke Sepanyol.

Mangsa berusia 27 tahun itu menyumbatkan dirinya dalam beg berkenaan yang dimasukkan dalam kereta sebelum dinaikkan ke feri dari Melilla ke Almeria oleh abangnya.

Malangnya, dia ditemui mati oleh abangnya sejurus sebelum feri itu berlabuh lima jam kemudian.

Mei lalu budak lelaki berusia lapan tahun dari Ivory Coast, Adou Ouattara, disorokkan dalam bagasi wanita yang cuba menyeludupnya memasuki Sepanyol.

Pegawai kastam mengambil tindakan selepas imejnya dilihat jelas dalam mesin x-ray.

Dia diserahkan kepada ibunya yang tinggal di Sepanyol secara sah. Ayahnya ditahan dan dipenjara selepas didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak dan menyeludupnya masuk ke negara itu.

Selain itu, 15 orang ditahan awal bulan ini di Sepanyol kerana menyeludup migran dari Maghribi menaiki skuter air perbuatan yang dianggap amat berbahaya oleh pihak berkuasa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI