malaysia lahirkan wanita jutawan dadah pulak dah...!!!



CHE GHAZALI (tiga dari kanan) menunjukkan heroin dan syabu yang dirampas daripada seorang wanita muda yang diberkas pada sidang akhbar di Langkawi semalam.

LANGKAWI – Seorang ibu kepada tiga orang anak yang menjadi dalang kegiatan pengedaran dadah di pulau peranginan ini sejak kira-kira tiga tahun lalu sehingga mampu memiliki simpanan berjumlah RM1.4 juta diberkas polis pada Khamis lalu.

Wanita berusia 28 tahun berasal dari Pendang dekat sini itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi ketika dia baru tiba di Terminal Feri Kuah di sini dari Terminal Feri Kuala Kedah kira-kira pukul 6.30 petang.

Turut bersama suspek ketika itu ialah tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr. Che Ghazali Che Awang memberitahu, dalam tangkapan itu, pihaknya turut menemui lima kilogram heroin dan 171 gram syabu bernilai RM202,000 di dalam beg galas yang dibawa wanita tersebut.

“Kita percaya suspek mendapatkan bekalan dadah itu dari tanah besar untuk diedar kepada penagih di Langkawi.

“Siasatan awal kita juga mendapati wanita tersebut tinggal di Alor Setar dan berulang-alik ke Langkawi untuk mengedar dadah. Kita masih menyiasat kekerapan dia datang ke pulau ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kata beliau, pihaknya juga mengesan bahawa suspek mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 juta di dalam akaun bank miliknya dan percaya ia adalah hasil daripada kegiatan pengedaran dadah sejak kira-kira tiga tahun lalu.

“Wanita ini tidak mempunyai pekerjaan lain dan kita percaya pendapatan lumayannya adalah hasil daripada kegiatan haram ini,” ujarnya.

Che Ghazali memberitahu, bekalan dadah yang dibawa suspek mampu dijual kepada kira-kira 50,000 penagih dadah untuk tempoh beberapa bulan jika diedarkan dalam bentuk peket dan straw.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI