kes tertukar motorsikal setel




INILAH yang dikatakan keberkatan bulan Ramadan.

Kelmarin , heboh di laman sosial apabila seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Hanzalah Namaku memohon bantuan ramai yang mengenali pemilik motorsikal WRT 6801 agar menghubunginya semula.

Menurut Hanzalah, motosikal miliknya tertukar dengan motosikal tersebut ketika mereka berada di sebuah kedai runcit.

Difahamkan, kesilapan tertukar motosikal berlaku kerana warna dan jenis model yang sama.

Secara kebetulan pula, masing-masing telah meninggalkan kunci pada motosikal masing-masing.

Statusnya itu sekali gus menjadi viral dan dikongsikan ramai orang yang simpati.

Ternyata dengan kehebatan viral (kuasa Allah SWT pastinya) Hanzalah berjaya mendapatkan semula motosikalnya cuma beberapa jam kemudian.

“Alhamdulillah. Petang tadi dah jumpa owner motor.. memang tak sangka dah sampai viral. Semua yang terjadi adalah di dalam pengetahuan Allah SWT. Terima kasih sangat kepada hamba Allah yang membantu,” tulisnya.

Semoga perkara ini turut menjadi iktibar kepada penunggang motosikal agar tidak sesekali meninggalkan kunci pada motosikal begitu sahaja

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI